Isnin, 29 Oktober 2012

hilangkan nafas berbau

blog da bersarang. ouh tidak! puan da marah

:)

hi semua, saya fara!

kali ini turn saya untuk berblogging pula. dah penat 'blog walking' jadi kini 'my turn' merepek melalut di sini.

topiknya......

petua?
rasanya semua pasti biasa dengar dengan perkataan ini kan. dapat pula orang-orang kampung macam fara  ni memang takkan lari lah dengan pelbagai petua yang biasanya di turunkan oleh datuk nenek moyang kita bukan. :)

jadinya kat sini fara nak kongsi petua untuk mengatasi nafas berbau.

nafas berbau? rasanya semua orang pernah melalui situasi yang agak menjengkelkan ini. kebiasaannya berlaku pada diri kita, ahli keluarga, rakan-rakan malah pasangan kita juga!

pasangan? eah jangan la terlalu nk puji yang pasangan kita tu 'perfect' sangat, kadang-kadang mulut tuh berbau jua. dapat pulak yang kaki ROKOK. amboi sebatu jauh da bau da nafasnya. hehehe

yela 'time' bercinta ni semuanya wangi kan! sakan lah sangat.hehe

oke da 'start' nak melalut plak cik fara ni. ampun! baik di sini fara bagi beberapa langkah/ petua bagi mengatasi NAFAS BERBAU.

TIPS 1

siapa pandai pasti dapat teka ini daun/pucuk apa. tapi rasanya dlm 10 orang yang ditanya mungkin 2 orang sahaja yang dapat teka ni pucuk apa. ahaa

biasa la kita mana nak tahu sangat tentang tumbuhan hijau ni. yang kita tahu pegi 'tesco' pegi 'giant' pegi pasar 'order saja balik rumah terus masak. betulkan?  :)

baiklah kalau asyik nak berteka teki bila pula nak tahu tentang tumbuhan hijau ini kan.

ini ialah pucuk POKOK JAMBU BATU.

cara penyediaannya :

  • tumbuk hingga lumat 15 helai pucuk jambu batu / daun muda dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separuh air kosong.
  • kemudian, tambah sedikit garam dan tapiskan air tersebut.
  • amalkan berkumur dengan air yang ditapis itu 3 kali sehari


TIPS 2


 tengok je gambar ni pasti semua boleh jawab kan! baiklah limau kastri yang harum mewangi ini sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan melayu.



yang ni pula ialah serai. haish takkan lah serai pun ramai yang tak kenal kan. tumbuh meliar di sekeliling kita. cucuk sahaja lah anak serai di mana-mana pasti  hidup dengan suburnya. :)





cara penyediaannya :

  • ambil 3 batang serai dan 3 biji kulit limau kasturi. tumbuk kedua-duanya sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk kecil.
  • kemudiaan, masukkan air sebanyak 3/4 periuk dan masak sehingga mendidih.
  • setelah sejuk, gunakan air tersebut untuk berkumur. amalkan selalu. :)

TIPS 3

 tips yang ni kalau saya tak sanggup nak buat.hehehe







kulit kayu manis ataupun bahasa yang famous kalau di dapur ialah 'cinnamon' 




cara penyediaannya :
  • KUNYAH sebatang kayu manis bersaiz kecil setiap malam sebelum tidur
  • telan airnya manakala hampasnya dibuang. amalkan setiap malam.
haaa kan da cakap tadi, saya tak sanggup. hehe


seperti mana kulit kayu manis tadi juga. buah pelaga turut bole digunakan untuk mengatasi masalah nafas bebau.

  • kuyah buah pelaga setiap hari bagi menyelesaikan nafas berbau.



TIPS 4

bahan-bahan:

10 gelas air putih

                                                                                                                               15 biji bunga cengkih







langkah-langkah

  • mula-mula rebus bunga cengkih tersebut bersama 10 gelas air selama 15minit.
  • atau biarkan air rebusan itu sehingga tinggal pada paras 3 gelas air sahaja.
  • kemudian, minum setengah cawan air rebusan itu sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, kamu boleh mengamalkan tiga kali sehari selepas makan.


haaaa itu adalah petua lama yang saya dapat daripada uwan dan mak cik-mak cik saya yang tinggal di kampung. mudah kan? semua bahan yang diperlukan sentiasa berada di dapur kita. itupun jika kamu semua rajin memasaklah kan! :)

'mudah dan pantas'


tapi kalau malas sangat lah kan untuk mencuba semua petua ni boleh la mengamalkan


LISTERINE.
kalau bakteria dalam mulut kita berkurangan dan tiada plag di gigi dsb pastu mulut dan nafas kita kurang
BERBAU


selamat mencuba

:)


xoxo
fara ara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here