Khamis, 8 November 2012

Sikaporo


Sikaporo adalah salah satu makanan pencuci mulut tradisi orang Bugis yang terkenal. Sebut saja sikaporo, pasti teringat akan kelazatannya dan bagi yang pernah merasakan sikaporo, pasti teringin untuk menjamahnya lagi, kan?




Melihat sikaporo yang terhidang cantik dalam pinggan dan terletak di atas dulang yang disebut 'bembengan' oleh orang Bugis, terasa rindu pula untuk menghadirikan diri dalam majlis perkahwinan kaum kerabat. Apatah lagi musim cuti sekolah hampir tiba, maka penuhlah jadual mak bapa saya dengan undangan perkahwinan. Untunglah mak bapa saya! :D




Kuih tradisi Bugis ni memang jarang dijumpai melainkan ada acara penting seperti majlis perkahwinan dan majlis khatam Al-Quran. Bukan bererti bila jarang dijumpai maka sukar untuk disediakan. Kuih ni senang ja disediakan. Cuma demi memelihara rasa dan nilainya, kuih ini hanya dibuat pada waktu-waktu tertentu. Biar kita tercari-cari dan mengidamkannya. Karang buat hari-hari, kembang pula pipi tu. :p


Comelnye baby ni... :)


Jom pelajari cara-cara membuat sikaporo agak tidak lapuk dek zaman.


Bahan-bahan:


12 biji Telur (size B)
250ml Santan pekat
250ml Santan cair
250gm Gula pasir
Daun Pandan / Perisa Pandan
Pewarna Kuning dan Hijau


Cara membuatnya:


1. Kacau telur dan gula sehingga sebati. 
(Kacau dengan perlahan agar gula hancur dan tidak perlu dipukul)
2. Masukkan kedua-dua santan.
3. Tapis menggunakan penapis.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian.
5. 1 bahagian diwarnakan kuning dan satu lagi dengan pewarna hijau dan 
ditambah dengan sedikit perisa pandan untuk aroma yang lebih menyelerakan.
6. Panaskan pengukus.
7. Sapukan minyak pada loyang dan masukkan ke dalam pengukus.
8. Kukus seketika lalu masukkan bahagian berwarna hijau 
dalam anggaran 1/3 tinggi loyang anda.
9. Kukus selama 10 minit. Masukkan bahagian kuning dalam anggaran yang sama dengan bahagian hijau agar sama rata.
10. Kukus lagi dalam 15-20 minit. 
*Sekiranya permukaan kuih berkilat, itu tandanya kuih sudah masak.*







Jemputlah bertandang ke majlis perkahwinan orang Bugis. 
Ada pelbagai jenis kuih-muih yang mampu memikat selera anda.




Sikaporo oh Sikaporo! :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here