Rabu, 17 Oktober 2012

Bahulu Pecak

Bugis terkenal dengan hidangan kuih-muihnya yang mampu memikat selera sesiapa saja yang memakannya. Hari ini, saya ingin berkongsi satu lagi juadah pencuci mulut orang Bugis yang terkenal, "Bahulu @ Baulu Pecak". Pecak bermaksud lembut. Jadi bahulu pecak bermaksud bahulu lembut. Kuih ne jarang orang buat. Hanya ada pada waktu majlis perkahwinan dan majlis tertentu saja. Disebabkan itu, kuih ini sering menjadi target utama saya ketika berkunjung ke suatu majlis perkahwinan kaum kerabat. :)


Cara menyediakkannya tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Mari lihat bahan-bahan dan kaedah membuatnya.


Bahan-bahan:

10 Biji Telur Size B
1 Cawan Tepung Pulut
1 Sudu Teh Serbuk Penaik
Gula Merah


Cara membuat:

1. Asingkan kuning dan putih telur.
2. Pukul putih telur sehingga gebu dan ringan.



3. Goreng tepung pulut sehingga sedikit kekuningan dan kemudian ayak.
4. Masukkan campuran tepung pulut dan serbuk penaik ke dalam mangkuk berisi putih telur tadi.
5. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang/acuan pengukus dan panaskan sekejap dalam tempat pengukus.
6. Masukkan bahan adunan dan kukus dalam masa lebih kurang 45 minit.
7. Angkat dan sejukkan.



8. Potong dalam ukuran setengah inci ataupun 3/4 inci.
9. Sediakan air gula (panaskan gula melaka atas api sehingga cair).
10. Rendamkan dalam air gula melaka dan sejukkan dalam peti sejuk.



Inilah hasilnya. Ringkas dan mudah kan?







Rindu mahu makan kuih ne... :D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here