Selasa, 6 November 2012

tapai pulut daun getah

hi semua!

it's me again la. fara

baiklah kali nak story sikit tentang apa yang terjadi pada minggu lepas. Disebabkan fara dapat seminggu cuti semperna Hari Raya Aidiladha....

apa? seminggu?

ya :)

eah tapi tak bermakna duduk rumah goyang kaki saja tau. daripada duduk rumah tak buat apa yang berfaedah, fara decide untuk belajar beberapa resepi kuih muih atau manisan yang sering dimakan oleh keluarga kami.

dalam family fara, uwan,omak dan mama sering menjadi rujukan apabila tiba kerja masak memasak. tapi yang lebih expert uwan dan omak. sebab kedua-dua ini ialah SURI RUMAH sepenuh masa. uwan da tak berapa sihat, maka omak lah menjadi mangsa kali ni untuk mengajar fara beberapa resepi keluarga kami itu. mama pula sibuk dengan sekolah saja. al-maklumla wanita bekerjaya. ahaa

:)

resepi manisan kali ini fara nak ajar cara-cara untuk membungkus tapai pulut menggunakan daun getah. TAPAI sedap sebab rasa masam*manis gitu kan! 

selalunya jarang sangat dapat makan tapai yang dibungkus dengan daun getah sebab kebanyakkannya tapai tersebut hanya diletakkan seperti ini sahaja kan!


kekangan masa dan ketiadaan daun getah yang amat payah nak cari menyebabkan rata-rata peniaga ataupun  kita mengambil jalan mudah iaitu masukkan sahaja tapai ini ke dalam bekas kecil yang comel begini. dalam erti kata lain *malas* hahaha

tapi tak apa la, janji tapai itu masih bole dimakan dengan selamat, maka ianya tiada masalah bagi penggemar tapai seperti fara :)

dah taknak melalut, mari mulakan resepi kita ini.

sebelum mula nak tunjuk dulu rupa tapai yang bakal kita akan buat kali ini.


nampak susah tak?
*sengih*

eah jangan lah risau sangat tak susah la! baiklah kita mula ikot steps by steps  in'allah bole buat punya tau.

Nak buat tapai pulut ni, senang sangat. 

Bahan utama :: 
beras pulut dan ragi
  • *Memula kena kukus dulu beras pulut
  •  kemudian letakkan di dalam bekas
  • tabur and gaul dengan ragi. 
  • kemudian biar sekejap, nak bagi beras pulut dengan ragi sebati dulu. 
  • Then, boleh lah memulakan acara membungkus tapai pulut secara berjemaah.
bole lihat gambar yer

*beras pulut campur ragi, sudah sedia dibungkus *

itu cara nak bungkus tapai pulut ni. Senang kot bagi yang dah selalu buat. Hehehe. boleh pakai daun getah @ jambu @ pisang @ bekas plastik. Tak kisah la, asalkan daun. -.-” Pastu, lidi / staple untuk kemaskan bungkusan tuh. jadi langkah untuk bungkus membungkus bermula :
  1. Bersihkan daun getah tu *atau daun apa2 yang kamu pakai*
  2. Jadikan daun tu macam bentuk kon
  3. Masukkan pulut tadi *ikut saiz daun tu, kalau kecik, letak la sikit je*
  4. Lipat daun yang belah depan tu ke dalam.
  5. Lipat bahagian kiri daun ke dalam.
  6. Lipat bahagian kanan tu ke dalam *biar bertindih dgn lipatan awal tadi*
  7. Pastu selit la lidi or staplekan bungkusan tu
  8. Tadaaa!! Jadi dah tapai pulut hang pa!

sebenarnya ada banyak cara nak bungkus tapai pulut ni. ikut selera masing-masing la. Hehe. Dah selesai bungkus semua, masukkan dalam bekas dan balut bekas tu pakai kain batik atau tuala atau kain apa-apa la. Kena balut pakai banyak kain. Pastu simpan la dalam 2 ke 3 hari sebelum boleh dimakan.





perkara yang perlu tahu ketika membuat tapai

oit sapa kata buat tapai takda pantang? ada oke. haha biasala orang tua zaman dulu kala kalau takda pantang tak sah laaa.... ape yang sah ntah tak dapat dipastikan. :)

antara pantang larang yang masih diikuti oleh generasi muda zaman kini termasukla saya dan keluarga ialah ::


  • time bungkus tu, takleh bising2 or banyak cakap. Nanti tapai jadi masam. -.-”
  • Perempuan period takleh join bungkus, nanti tapai jadi kaler merah. -________-”
  • Takleh bising2 dekat bekas simpan tapai tu, nanti die tak jadi. Merajuk katenye. -.-”
Dan sebagainya la. -__-” Tapi takda la pulak tapai tu jadi kaler merah pun sebelum ni. *memandai je tau orang2 tua ni :p* Kekeke. Saje lah tu buat pantang larang sendiri. hahahaa


~ Selamat mencuba~ 


:)

xoxo
|fara ara|

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here