@ Potato Salad
Teringat waktu menjadi pelajar HotCat, di Politeknik Kota Kinabalu. Banyak betul kenangan yang tercipta terutamanya bab-bab makan! :)
Kalau tension, saya akan keluar sendirian ke pusat bandar untuk mencari ketenangan. Jarak kamsis/asrama ke pusat bandar hanya memakan masa lebih kurang 20 minit menaiki bas.
Dari cuci mata dan cuci mulut di KK Plaza, Wisma Merdeka dan Centre Point, maka sampailah saya ke penghujung destinasi iaitu Plaza Wawasan, Kota Kinabalu. Dalam plaza berkenaan, ada pasaraya Giant yang tidak sama seperti pasaraya Giant yang biasa saya kunjungi.
Di dalam pasaraya Giant tu, terdapat satu bahagian yang dipanggil food corner yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Yang membezakannya ialah di situ terdapat satu meja empat segi tepat yang menempatkan pelbagai jenis salad. Senyum sampai ke telinga bila lihat salad-salad berkenaan. Kalau ikutkan hati, semua jenis salad pun favorite!
Lebih kurang macam ni.
Tetapi, ada satu jenis salad yang paling saya suka iaitu Potato Salad @ Salad Ubi Kentang. Saya pasti membelinya bersama beberapa salad yang lain. Self service ok! Gembira betul waktu mengambil salad tu, macam tidak ingat dunia. Tapi time bayar memang jantung degup kencang la sebab kena timbang. Bayar ikut gram dahhh. Nasib baik bukan selalu. :D
Bila ingat, terasa rindu pulak dengan kenangan tu. Jarang saya jumpa pasaraya yang menjual pelbagai salad. Daripada mencari kedai yang menghidangkan salad, baik buat sendiri. Terjamin kualiti, kebersihan dan rasanya. Jom!
Bahan-bahan:
8 biji Ubi kentang (rebus dan potong dadu)
1 1/2 cawan Mayonis
2 sudu besar Cuka Apple (Cider Vinegar)
2 sudu besar Gula
1 sudu besar Mustard
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk bawang putih
1/2 sudu teh Serbuk lada sulah
1 cawan Bawang besar (cincang)
5 biji Telur ayam (rebus)
sedikit serbuk paprika
Cara membuatnya:
1. Rebus ubi kentang hingga masak. Kupas dan potong dadu.
2. Campurkan semua bahan kecuali ubi kentang, telur ayam
dan paprika dalam satu mangkuk kemudian gaul rata.
3. Masukkan ubi kentang.
4. Masukkan telur yang telah direbus dan dillenyek bersama semua bahan.
5. Letakkan sedikit serbuk paprika dan hidang.
# Hidang waktu sejuk. #
Setelah mengetahui resipi membuat salad ubi kentang, bolehlah mencubanya sendiri di rumah. Hasilnya, boleh kita kongsikan bersama. :)
"Help children to eat salads." :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here