Selasa, 6 November 2012

Kuih Bak Chang aka Kou Chong


Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak tahu apa itu kuih bak chang @ kou chong. 






Apakah warnanya?


Bagaimana rupanya?


Apakah rasanya?


Bagaimana teksturnya?


Beginikah?




atau yang inikah?




???


Dua-dua pun bukan. Kuih yang pertama tu adalah 'Moon cake' ataupun Kuih Bulan. Yang kedua tu adalah 'Rolling Donkey' ataupun terjemahan secara langsungnya ialah keldai berguling. Tapi tiada sebarang daging keldai yang digunakan. Hanya namanya sahaja. Ia sama seperti kuih tempatan kita, kuih gomak.

Jadi, yang dikatakan kuih bak chang ataupun 
dekat sabah sebut kou chong ialah seperti dibawah ne.




Kuih bak chang @ kou chong @ chang ne memang sedap. Kalau dulu, memang susah mahu cari yang halal sebab ia adalah makanan orang cina. Tapi sekarang, ia boleh didapati dengan mudah dan terjamin halal kerana dibuat oleh orang muslim.

Saya mahu bercerita sedikit mengenai kuih bak chang @ kou chong di tempat saya. Kuih bak chang ne terdapat pelbagai jenis inti. Namun yang terkenal adalah versi asal dan olahan. Versi asal ne adalah berinti daging ayam, guna daun bambu dan disebut kuih savori. Versi olahan pula adalah berinti kacang tanah, guna daun pisang dan ia adalah kuih manis.

Di bandar saya, Sandakan, ia terkenal dengan panggilan kou chong @ chang. Hanya kou chong berinti kacang tanah sahaja yang pernah saya jumpa dan makan sebab hanya itu yang dijual oleh penjual muslim. Rasanya memang sedap. Lemak dari pulut dan manis dari kacang tanah membuatkan kita ingin menambah jumlah kuih yang dimakan.


Macam kuih koci pun ada, kan?


Saya adalah peminat tegar kuih kou chong! Sungguh minat dan suka! Saya pasti beli dalam RM3-5. Tapi bukan makan seorang ya, berkongsi dengan adik-adik. :p

Andai anda ragu kesucian kuih ini, boleh buat sendiri. Bukan susah pun. Mak saya selalu buatkan untuk saya. Sedap yang amat! Buatkan saya rindu mahu makan. Dekat tanjung malim ne, tiada jual. Hanya ada pau yik mun. :)

p/s: bukan malas buat sendiri tapi rasanya tidak sama dengan air tangan mak, kan? 
'hahaha'




Mahu tahu resipi dan cara membuatnya? 
Tunggu entri akan datang...




2 ulasan:

say something here