Sabtu, 10 November 2012

Vadai aka Masala Vadai

Kaalai vaNakkam...!




@ "Selamat pagi" :)

Itulah maksud kaalai vanakkam. Bagi kita rakyat Malaysia yang berpegang pada slogan '1Malaysia', kita haruslah tahu bertutur bahasa kaum lain walaupun ayat yang mudah. Barulah harmoni dan serumpun, kan?

Entri kali ini bukanlah ingin mengajar anda semua mengenai bahasa Tamil ya. 

Saja mahu ambil semangat sambutan Deepavali yang bakal tiba beberapa hari lagi. :)

Baiklah, kesinambungan dari amali semalam mengenai kuih savouri, menu kedua kumpulan kami ialah kuih vadai. Kenal ka Encik Vadai?




Yang ini bukan Encik Vadai ok. 
Ni pelakon veteran bollywood yang terkenal, Raj Kapoor. :)

Sebelum kita berkenalan dengan Encik Vadai, mari kita berkenalan dulu dengan bahan utamanya, Kacang Dhal @ Dal.




Kacang dhal merupakan salah satu anggota keluarga 'Kekacang'. Kacang dhal mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah meningkatkan metabolisme buah pinggang, mengekalkan fungsi otot dan kepadatan buah pinggang, dan melancarkan perjalanan darah ke jantung.

Namun masih ramai yang takut makan kekacang kerana risau jerawat kat muka. Sejauh manakah kebenarannya? Fakta atau auta? Sama-sama kita cari kebenarannya.

Ini dia Encik Vadai. Vadai ni ada dua jenis.


Masala Vadai


dan


Medhu Vadai


Jadi anda sudah tahu kan nama vadai ni? Boleh sebut dengan betul bila membeli nanti sebab saya sendiri tidak pernah sebut dengan betul. Asyik sebut vadai vadai vadai. :)


Mari kita lihat bagaimana membuat masala vadai.


Bahan-bahan:


250gm Kacang dhal @ dal (cuci dan rendam 4 jam)
1 Biji Bawang besar (potong dadu)
1 sudu teh Serbuk jintan manis
2 tangkai Cili kering (hiris kecil)
1 tangkai Daun kari (hiris nipis)
Garam secukupnya


Cara membuatnya:


1. Toskan kacang dhal kemudian kisar hingga hancur tanpa air. Tuangkan ke dalam bekas.
2. Masukkan serbuk jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari.
3. Gaul rata dan tambahkan garam secukup rasa. Biarkan sekejap.
4. Ambil sehelai plastik bersih, sapukan dengan sedikit minyak makan, ambil anggaran 1 sudu besar adunan vadai, bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
5. Susun di atas loyang yang telah dialas plastik dan juga sedikit minyak. Buat hingga siap.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
7. Bagi menambahkan aroma, masukkan beberapa helai daun kari ke dalam minyak semasa menggoreng.


kacang dhal yang telah dicampur bersama jintan manis, 
bawang besar, cili kering, daun kari dan garam


vadai yang telah dibulat-bulatkan dan dileperkan


vadai sedia untuk digoreng


vadai telah siap digoreng dan ditos minyaknya


Masala Vadai hasil kumpulan kami :)


~ tatasajian amali ke-4, kuih savouri ~




Vadai sedap dimakan panas-panas.
Selamat mencuba dirumah! :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here