Isnin, 24 Disember 2012

Gingerbread Man Cookies

Sebelum ni perayaan Deepavali, esok pula Hari Natal. Bermakna seluruh Malaysia akan bercuti! Senangnya dalam hati (walaupun sebenarnya banyak kerja sedang menanti). Apa perancangan anda? Cuti-cuti Malaysia bersama insan tersayang? Atau sekadar duduk di rumah dan menghabiskan masa terluang di hadapan televisyen? Apa kata kita ambil sedikit semangat kawan-kawan yang merayakan Hari Natal pada esok hari dengan menyediakan satu hidangan yang boleh dianggap wajib bagi mereka di sebelah Barat sana iaitu 'Gingerbread Man Cookies'. 


Sebelum ini pun saya hanya biasa melihat dalam televisyen ataupun majalah tapi belum pernah mencubanya sendiri. Bentuk yang sangat comel membuatkan rasa berat hati untuk menjamahnya. Kalau biskut Hari Raya biasalah buat tapi biskut Encik Roti Halia ni tidak pernah pula mencubanya. Bila semak resepinya, nampak menarik kerana terdapat pelbagai campuran rempah ratus. Biskut savori rupanya walaupun ada gula ising dan gula manik sebagai hiasannya. Sedikit sejarah mengenai biskut ini, ia mula dicipta pada abad ke 16 di England, pada zaman pemerintahan Ratu Elizabeth I. Dan apa yang istimewanya biskut ini berbanding biskut lain, ia mempunyai banyak cerita yang difilemkan dan lagu yang dinyanyikan di negara Barat. Lihat, terkenalnya di kecil cilik ni walaupun kisahnya akan berakhir beberapa minit dalam perut manusia. :p


Gingerbread Man Cookies

Bahan-bahan:
3 1/4 cawan        Tepung serbaguna
3/4 sudu teh         Baking soda
3/4 cawan            Mentega
1/2 cawan            Gula perang
1 sudu besar       Serbuk halia
1 sudu besar       Serbuk kayu manis
1/2 sudu teh         Serbuk bunga cengkih
1/2 sudu teh         Serbuk buah pala
1/4 sudu teh         Serbuk lada hitam (halus)
1/2 sudu teh         Garam
1 biji                      Telur (saiz A)
1/2 cawan             Gula melaka


Bahan hiasan:

Kismis, Cip coklat



Gula ising:
1 biji                     Telur
1/2 sudu teh        Jus lemon
1 3/4 cawan        Gula ising


Proses memasak:
  1. Dalam satu mangkuk besar, gaulkan tepung, baking soda dan semua rempah ratus. Ketepikan.
  2. Dalam mesin pengadun elektrik, pukul mentega. Masukkan gula dan pukul sehingga kembang. Masukkan pula telur dan gula melaka yang telah dihancurkan.
  3. Masukkan adunan tepung tadi perlahan-lahan.
  4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Bungkus menggunakan plastik dan sejukkan selama satu jam ataupun semalaman.
  5. Sebelum mula menggelek adunan, rehatkan selama 5 atau 10 minit pada suhu bilik selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 350 darjah selsius.
  7. Gelekkan menggunakan penggelek setebal 1/8 inci. Letakkan adunan tadi atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak yang ditaburkan tepung kemudian sejukkan antara 5 ke 10 minit (untuk memudahkan proses mencetak).
  8. Cetakkan adunan dengan pencetak berbentuk 'Gingerbread Man'.
  9. Letakkan samada dengan kismis ataupun cip coklat untuk mencorakkan badan biskut.
  10. Bakar selama 8 atau 10 minit. Hiaskan dengan gula ising.
  11. Untuk gula ising: Pukul telur dan jus lemon bersama, tambahkan gula sehingga pekat.

Ini adalah beberapa contoh gambar 'Gingerbread Man Cookies' untuk dijadikan sumber inspirasi anda.




















Selamat bercuti kepada seluruh warga dunia! 
Hohoho, selamat mencuba ya...! :D




jom minum air kelapa

1. Air kelapa ternyata lebih berkhasiat dari susu kerana tidak mengandung kolesterol & rendah lemak.

2. Air kelapa dapat memperbaiki saluran darah dan dikenalpasti mampu membersihkan saluran pencernaan.

3. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.

4. Jika anda menghidap penyakit batu karang, biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu karang & memudahkan mereka keluar dari tubuh.

5. Air kelapa juga dikenalpasti sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing ? Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.

6. Jika anda masih merasa pening, tak ada yang boleh memulihkannya dengan cepat selain meminum air kelapa.

7. Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit & potassium. Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah & fungsi organ jantung.

8. Air kelapa dapat menurunkan demam.



jadi apa tunggu lagi?
jom panjat pokok kelapa.



:)


xoxo
|fara ara|

kawal kolestrol dalam darah. ayuh!

Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.

Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.

Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.

Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.


Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola. 

Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.

Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.






amalkan gaya hidup sihat. cegah sebelum kena.
anda yang menentukan kesihatan anda.




xoxo
|fara ara|