Memaparkan catatan dengan label Kuih-muih Manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih-muih Manis. Papar semua catatan

Isnin, 17 Disember 2012

Talam Cendol

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8Kz2vLXj5EF0upTGvHLtHQ97CTEWny9tLoOGBxD4L4dzp-tu_8cuiRbn5TRkHWg_XE15xBJIV7Kx4pv9Uw17iBp4CcWxKtAvLKuL4ecHZv1MoD5rr2RQy3mO2CkpJ7fh1uL-aS0fyuB-A/s1600/Talam+Cendol+d1.jpg



TALAM CENDOL 


Lapisan bawah

Bahan A
§    100 gm tepung beras*
§    125 ml santan pekat*
§    225 ml air*
§    10 gm tepung green pea*
§    60 gm gula caster
§    1/2 tsp garam

Bahan B
§    1 cawan cendol- tapis dan toskan

Caranya

1.    Satukan bahan bertanda dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
2.    Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
3.    Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata

4.    Masukkan kedalam loyang 7'x7' yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastic
5.    Kukus selama 25 minit
6.    Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu


Lapisan  Atas

Bahan A
§    150 gm gula merah
§    25 gm gula castor
§    250 ml air
Bahan B
§    75 gm tepung gandum
§    10 gm tepung green pea
§    1 biji telur (A)
§    125 ml santan pekat
§    1/4 tsp garam

Caranya
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Rabu, 28 November 2012

cucur menado

hi,
fara kembali.

kali ini nak berkongsi sedikit resepi turun temurun yang diwarisi oleh keluarga fara. fara sebenarnya orang Negeri Sembilan, jadinya pengaruh minangkabau tuh masih kuat dalam budaya masyarakat kami. resepi ini kalau di indonesia dipanggil dengan nama cucur menado/ kue cucor menado. kalau bagi kami di Negeri Sembilan pula kami hanya menggelarkan kuih ini sebagai cucur sahaja.

mari kita lihat resepinya yuk!

Cucur menado (kue cucur)






Bahan
•      1 cawan tepung beras
•      1 cawan tepung gandum
•      ½ cawan gula pasir
•      ½ cawan gula perang / gula melaka /  gula  anau
•      Sesudu kecil garam
Cara


  1. Masak gula melaka dan gula pasir dengan air hingga larut. Sejukkan seketika.2. Campur tepung beras, dan tepung gandum dan secubit garam.
  2. Tuang campuran air gula tadi kedalam campuran tepung.  Adunkan kesemuanya sehingga sebati.
  3. —  Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1jam.
  4. —Panaskan minyak.  Gunakan kuali yang kecil supaya bentukkan cucur yang terhasil nampak cantik dan sama saiz.
  5.  Masukkan sesenduk adunan tadi ke dalam kuali dan minyak yang panas.
  6. — Balik-balikan cucur tadi untuk mendapat bentuk yang diingini.
  7. — Angkat dan toskan minyak.
  8. — Sedia untuk dihidangkan.

Kaedah memasak : menggoreng dengan minyak penuh.




kalau di Sawarak kuih ini dipanggil juga kuih PENYARAM. sebenarnya pengaruh indonesia bukan sahaja terdapat di Negeri Sembilan sahaja, Sarawak juga nampaknya. :)

kuih ini ialah salah satu daripada kuih tradisional yang semkain dilupakan. jadi ayuh kawan-kawan mari lah kita mempelajari cara pembuatan kuih ini agar dapat diwarisi ke generasi akan datang.


selamat mencuba



xoxo
|fara ara|