Memaparkan catatan dengan label Pesan Orang Lama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesan Orang Lama. Papar semua catatan

Selasa, 16 Oktober 2012

Hilangkan Gatal (Ekzema) Pada Badan


Waktu kelas teori VEF3056 Penyediaan Makanan Timur tadi, pensyarah kami telah memberikan satu tips yang amat berguna untuk kita semua. Jadi saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda para pembaca yang saya kasihi. Ini adalah pertama kali saya mendengarnya.


Kenal tidak daun ne??? Cuba teka. Daun Kesum? Daun Serai? Daun Pandan? Hehe. Inilah daun kunyit. Kunyit memang tidak kelihatan sebab kunyit ada dalam tanah tu, 
bersembunyi dari musuh. ;p





Apa keistimewaan daun kunyit ne? Memang sedap kalau ditambah dalam masakan. Tapi selain masakan, ia juga berguna pada kulit manusia. Pada sesiapa yang ada masalah gatal-gatal (Eksema) pada badan, boleh la mencuba petua ini.


Ambil daun kunyit dan tumbuk sehingga lumut menggunakan lesung batu. Tambahkan sedikit garam beriodin pada daun kunyit tersebut dan lumurkan pada bahagian badan yang gatal. Insyaallah, yakin akan Kuasa-Nya, gatal-gatal pasti hilang.



Siapa yang gatal-gatal pada badan tu, 
boleh cuba lepas ne! :D



Sempat lagi pose waktu kelas berlangsung! :)






Isnin, 8 Oktober 2012

Rahsia Gulai Lemak Pucuk Ubi



Dalam jangka masa yang panjang, Gulai Lemak Pucuk Ubi boleh memberikan kesan yang buruk pada tubuh badan kita? Tentu anda tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku. Sebelum itu, mari kita bersoal jawab tentang cara anda menyediakan hidangan tersebut...


  1. Sebelum anda mereneh daun pucuk ubi untuk melembutkannya, apakah langkah pertama yang anda lakukan?
  2. adakah anda melumatkan daun pucuk ubi tersebut atau hanya sekadar mengoyakkannya lalu merenehnya?
  3. apakah yang anda lakukan terhadap air renehan daun pucuk ubi itu?
  4. ataupun anda terus merebus daun pucuk ubi tersebut tanpa melumatkannya dan membuang air rebusannya?

Sekiranya anda hanya mengoyakkannya dan tidak membuang air renehan tersebut, maka anda berdepan dengan satu masalah kesihatan untuk satu jangka masa yang panjang. Anda boleh perhatikan semasa proses mereneh, terdapat buih-buih jernih yang timbul di permukaan air. Air itu adalah toksin yang dikeluarkan dari daun pucuk ubi. Sekiranya anda hanya mengoyakkan daun pucuk ubi, maka hanya sedikit toksin yang terbebaskan sepanjang proses renehan. 

Oleh yang demikian, mulai saat anda membaca kiriman saya ini, lakukanlah proses memasak Gulai Lemak Pucuk Ubi dengan betul.



Gulai Lemak Pucuk Ubi yang ditumbuk/dilumatkan




Gulai Lemak Pucuk Ubi yang dikoyakkan sahaja.



Selamat Berkongsi... :D