Memaparkan catatan dengan label Appetizer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Appetizer. Papar semua catatan

Rabu, 5 Disember 2012

Salad Ubi Kentang


@ Potato Salad

Teringat waktu menjadi pelajar HotCat, di Politeknik Kota Kinabalu. Banyak betul kenangan yang tercipta terutamanya bab-bab makan! :)

Kalau tension, saya akan keluar sendirian ke pusat bandar untuk mencari ketenangan. Jarak kamsis/asrama ke pusat bandar hanya memakan masa lebih kurang 20 minit menaiki bas. 

Dari cuci mata dan cuci mulut di KK Plaza, Wisma Merdeka dan Centre Point, maka sampailah saya ke penghujung destinasi iaitu Plaza Wawasan, Kota Kinabalu. Dalam plaza berkenaan, ada pasaraya Giant yang tidak sama seperti pasaraya Giant yang biasa saya kunjungi.




Di dalam pasaraya Giant tu, terdapat satu bahagian yang dipanggil food corner yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Yang membezakannya ialah di situ terdapat satu meja empat segi tepat yang menempatkan pelbagai jenis salad. Senyum sampai ke telinga  bila lihat salad-salad berkenaan. Kalau ikutkan hati, semua jenis salad pun favorite! 



Lebih kurang macam ni.


Tetapi, ada satu jenis salad yang paling saya suka iaitu Potato Salad @ Salad Ubi Kentang. Saya pasti membelinya bersama beberapa salad yang lain. Self service ok! Gembira betul waktu mengambil salad tu, macam tidak ingat dunia. Tapi time bayar memang jantung degup kencang la sebab kena timbang. Bayar ikut gram dahhh. Nasib baik bukan selalu. :D

Bila ingat, terasa rindu pulak dengan kenangan tu. Jarang saya jumpa pasaraya yang menjual pelbagai salad. Daripada mencari kedai yang menghidangkan salad, baik buat sendiri. Terjamin kualiti, kebersihan dan rasanya. Jom!


Bahan-bahan:

8 biji Ubi kentang (rebus dan potong dadu)
1 1/2 cawan Mayonis
2 sudu besar Cuka Apple (Cider Vinegar)
2 sudu besar Gula
1 sudu besar Mustard
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk bawang putih
1/2 sudu teh Serbuk lada sulah
1 cawan Bawang besar (cincang)
5 biji Telur ayam (rebus)
sedikit serbuk paprika


Cara membuatnya:

1. Rebus ubi kentang hingga masak. Kupas dan potong dadu.
2. Campurkan semua bahan kecuali ubi kentang, telur ayam 
dan paprika dalam satu mangkuk kemudian gaul rata.
3. Masukkan ubi kentang.
4. Masukkan telur yang telah direbus dan dillenyek bersama semua bahan.
5. Letakkan sedikit serbuk paprika dan hidang.


# Hidang waktu sejuk. #


Setelah mengetahui resipi membuat salad ubi kentang, bolehlah mencubanya sendiri di rumah. Hasilnya, boleh kita kongsikan bersama. :)




"Help children to eat salads." :D








Ahad, 2 Disember 2012

Solok Tofu Pok


Amali 6: Set Masakan Cina



Zao An! Good Morning semua. Entri ni adalah kesinambungan dari entri sebelum ini, entri yang berkisarkan kelas amali masakan timur yang ke 6. Setelah mengetahui cerita menu yang pertama dan kedua, menu ketiga bagi set masakan cina iaitu Solok Tofu Pok.


Bila sebut tofu pok, saya sendiri tidak mengetahui bagaimana rupanya kerana kebiasaanya saya hanya tahu tauhu kering dan tauhu basah. :p




Ini dia tofu pok. Macam tauhu kering tapi versi mini. Menu solok tofu pok ni lebih kurang seperti solok lada. Di tengah-tengah tofu pok akan diisi dengan isi ayam dan beberapa lagi bahan. Menu ni senang ja mahu buat. Kaedah memasaknya adalah mengukus. 

Namun, solok tofu pok kumpulan kami agak tawar kerana terlupa letak garam! Maklumlah, pertama kali buat. Asyik rujuk resipi sampai tidak perasan arahan dalam resipi tu kurang lengkap kerana tidak menyebut perisakan bahan dengan garam. 

Tapi, tawar mana pun tetap sedap sebab sosnya menyelamatkan rasa yang tawar. Mana tidaknya, hasil tangan sendiri kan walaupun pensyarah tetap bertegas mengatakan solok tofu pok kami tawar. Siapa lagi yang mahu puji kalau bukan diri sendiri. :D

Mari kita lihat bagaimana menyediakannya.




Bahan-bahan:

10 keping (1 paket) Tofu pok
300 gm Isi ayam
1 biji Lobak merah (potong jullienne/nipis memanjang)
2 biji Bawang besar (potong dadu kecil)
2 biji Telur
3 sudu besar Tepung jagung
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Lada sulah
30 gm Daun bawang


Bahan Sos:

300 gm Sos tomato
1 biji Lemon
6 sudu besar Air


Cara membuatnya:

1. Satukan isi ayam, lobak merah, bawang besar, telur, daun bawang, tepung jagung, garam dan lada sulah. Uli sehingga sebati.
2. Sumbat tofu pok dengan bahan isi ayam dan kukus selama 10 minit.
3. Panaskan bahan sos dalam kuali dan kacau hingga mendidih.
4. Hidangkan solok tofu pok dengan sos.



~ Solok Tofu Pok ~


Sekejap saja mahu membuatnya. Jangan lupa letak garam ya! Nanti tawar pula macam yang kami buat. Selamat mencuba!






Pengaruh garam adalah amat besar!
Penghulu segala makanan tuuu! :D




Rabu, 28 November 2012

set masakan melayu~amali ke 5

hi,
fara is back!

baiklah lama sudah tak post sesuatu di blog tercinta ini. agak kesibukkan di kala ini dengan tugasan yang melambak dan diri pun hampir tak terurus dah. eh! perlu cerita ke? ahaaa mari kita fokus dengan tajuk yang di paparkan di atas sebelum cik fara mula membebel-bebel. :P

seperti mingu-minggu yang lepas, amali memasak pasti berlaku. jadinya minggu lalu, kami telah mendapat resepi berasaskan masakan Melayu. menu tersebut ialah NASI TOMATO , AYAM MASAK MERAH, ACAR RAMPAI dan ROJAK BUAH.

wahhhh! mentang-mentang lah sekarang ni musim orang kahwin, menu pun ala-ala kenduri gitu. hehehe bagus juga dapat menu ini sebab nanti kalau kenduri kendara da boleh masak sendiri tak perlu nak tempah katering yang mahal lah sangat sekarang. sekali kenduri kahwin mahu sahaja mencecah belas-belas ribu. fuhhh!

mari kita lihat resepi yang telah fara dan rakan-rakan telah masak minggu lepas.

Nasi Tomato


Bahan-bahan:
Beras basmati                                                   300 g
Tomato dipotong dadu                                       50 g
Sos tomato                                                         30 g
Tomato puree                                                     15 g
Susu                                                                 25 ml
Air                                                                 100 ml
Daun pandan                                                      10 g
Garam                                                                  3 g

Bahan-bahan tumis:
Mentega                                                             80 g
Kulit kayu manis                                                 10 g
Bunga lawang                                                     10 g
Bunga cengkih                                                    10 g
Buah pelaga                                                       10 g
Bawang putih dihiris                                           20 g
Bawang besar dihiris                                          40 g

Prosedur memasak:
1.      Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
2.      Panaskan mentega/minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3.      Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian, masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
4.      Tanak sehingga masak.
5.      Hidang panas dan boleh taburkan dengan bawang goreng.

_________________________________________________________________________________
Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
Paha ayam – 
*dibuang kulit dan dilumur dengan garam dan kunyit                 600 g
Sos tomato                                                                              170 g
Air                                                                                         150 ml
Minyak masak                                                                          30 ml
Bawang putih                                                                             10 g
Cili kering                                                                                  15 g
Halia                                                                                         2 cm
Bawang merah                                                                           70 g
Serai – dititik                                                                        1 batang
Kacang pis                                                                                 15 g
Bawang besar  - dipotong bulat                                                   60 g

Bahan-bahan tumis:
Kulit kayu manis                                                                        3 cm
Bunga lawang                                                                      1 kuntum
Buah pelaga                                                                               3 biji

Hiasan :
Daun bawang – dihiris                                                          1 tangkai
Cili merah – dibentuk bunga                                                        1 biji

Prosedur Memasak:
1.      Panggang atau goreng ayam hingga separuh masak.
2.  Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis, bahan kisar dab serai. Tumis hingga berwarna keemasan.
3.      Tuang air dan sos tomato, kacau rata.
4.      Masukkan ayam dan kacang pis, kacau rata hingga masak.
5.      Masukkan bawang besar, kacau. Sesuaikan rasanya dan angkat.
6.      Masukkan masakan dalan pinggan hidang. Hiasakan dengan cili merah dan daun bawang.
7.      Pek dalam bekas yang sesuai.

_________________________________________________________________________________

Rojak Buah
Bahan-bahan:
Timun                                                              130 g
Sengkuang                                                       350 g
Nanas                                                              200 g
Mangga muda-dihiris                                        100 g

Kuah:
Cili kering                                                          15 g
Belacan bakar                                                   2 cm
Limau nipis – diambil jusnya                              2 biji
Kacang tanah goreng – ditumbuk kasar              50 g
Air asam jawa                                                  60 ml
Gula melaka – dicincang                                   100 g
Petis                                                                  15 g
Bijan – digoreng tanpa minyak                            10 g
Garam                                                     secukupnya

Hiasan :
Daun pisang                                                    1 helai

Prosedur Memasak:
1.      Sediakan kuah
·         Cili kering dan belacan digoreng dengan sedikit minyak kemudian dikisar.
·         Gaulkan cili kisar, gula melaka dalam mangkuk adunan.
·         Masukkan jus limau, air asam jawa, garam dan petis.
·         Gaul rata dan masukkan kacang tanah serta bijan.
2.      Menghias, menghidang dan mengepek
·         Alas pinggan hidangan dengan daun pisang.
·         Campurkan semua sayur-sayuran dan buah-buahan, gaul rata (sekiranya terus hidangkan) atau susun sayur-sayuran dengan menarik dan diletakan mangkuk berisi kuah disisinya sekiranya fihidang berasingan.
·         Hidangkan. Pek dalam bekas yang sesuai.

_________________________________________________________________________________
Arca Rampai


Bahan-bahan:
Timun                                                             80 g
Lobak                                                            70 g
Cili Merah                                                      20 g
Cili hijau                                                         20 g
Bawang besar                                                50 g
Bawang putih                                                 20 g
Halia                                                             3 cm
Biji sawi                                                           5 g
Bijan-goreng sedikit                                         5 g
Serbuk kunyit                                                   5 g
Cuka                                                              30 g
Garam dan gula secukup

Prosedur Memasak:
1.      Timun dibuang bahagian tengahnya-potong memanjang.
2.      Lobak, cili merah dan cili hijau-potong memanjang
3.      Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan biji sawi, biarkan satu minit sambil dikacau.
4.      Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan cili, serbuk kunyit dan cuka, kacau.
5.      Kemudian masukkan timun dan lobak. Kacau dan perasakan dengan garam gula dan masukkan bijan. Gaul sebati seketika. Angkat dan hidang.

_________________________________________________________________________

itulah resepi yang telah fara dan rakan-rakan masak pada sesi amali minggu lepas. dan inilah hasilnya


seperti yang kita semua tahu, tatasajian di atas bukanlah tatasajian asli bagi masakan melayu. ini ialah tatasajian sebenar bagi sajian melayu.

tatasajian melayu sebenarnya tidak menggunakan suda dan garfu untuk makan. masyarakat melayu lazimnya menggunakan tangan untuk makan. suda pula digunakan untuk mengambil lauk pauk untuk diletakkan di dalam pinggan makan mereka. tatasajian masakan melayu mempunyai bekas basuh tangan. bekas ini lah yang membezakan cara hidangan melayu dengan kaum yang lain.

akan tetapi, bagi kelas amali yang lepas, puan Saedahtinnur iaitu pensyarah kami telah mencadangkan agar kami menghidangkan masakan kami secara moden kontemperori. hal ini bagi memudahkan juri-juri tidak terlatih di dalam kelas kami untuk merasa dan mengkritik hidangan kami.



jadi itu sahajalah untuk kali ini.

selamat mencuba!



xoxo
|fara ara|

Sabtu, 6 Oktober 2012

Poh Pia Tord & Pard Thai

Amali 1: Snek Dan Makanan Berasaskan Mee



Bila sebut tentang snek, tentu teringat 'jajan'. Jajan peneman dikala menonton drama korea. Jajan membantu mulut yang tidak pandai berhenti mengunyah. Jajan yang tidak pernah mengecewakan manusia tidak kira usia dek kerana kelazatan monosodium glutamatnya (MSG). ;p 
Menurut sumber dari Wikipedia Malaysia, snek adalah makanan ringan yang lazimnya dimakan dalam waktu yang singkat. Dalam erti kata yang lain, snek adalah hidangan yang ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan. Selain keropok, pelbagai lagi jenis snek yang biasa kita perolehi di gerai-gerai makanan dan boleh kita sediakan sendiri. Antara snek yang menjadi kegemaran ramai ialah Popiah, Cucur Udang, Samosa Kentang dan Wanton Goreng. Siapa yang tidak suka makan popiah bukan. 
Jadi, pada kelas amali Penyediaan Makanan Timur VEF3056 yang pertama ini ataupun kami menggelarnya "Waktu Berinspirasi", kumpulan kami telah mendapat menu "Poh Pia Tord", sejenis popiah ala Thailand. Mendengarkan namanya saja sudah mampu membuatkan kita membayangkan betapa gahnya rupa bentuk hidangan tersebut. Tapi hakikatnya, ia sama saja dengan popiah tempatan. Cuma inti yang berlainan. Moh kita belajar macam mana nak buatnya. :D


Poh Pia Tord



Bahan-Bahan: (hidangan untuk 2 orang)
Bawang Putih                                    30 gm
Bawang Besar                                   100 gm
Isi Ayam                                           400 gm
Daun Limau                                      3 Helai
Daun Bawang                                    5 gm
Kulit Popiah                                     10 Helai
Pes Tom Yam                                    45 gm
Gula                                                10 gm
Garam                                             10 gm
Minyak                                             350 gm
Telur                                               1 Biji

Hiasan:
Lobak                                              1/3 Biji
Sos Thai                                           50 gm

Cara Membuatnya:
1.    Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2.    Masukkan ayam dan masak sehingga ¾ masak.
3.    Apabila ayam hampir masak, masukkan daun limau.
4.    Biarkan sehingga kuahnya menjadi kering.
5.    Biarkan sejuk kemudian tabur dengan daun bawang dan gaul rata.
6.    Ambil kulit popiah. Masukkan inti dan gulungkannya.
7.    Pada hujungnya lekatkkan dengan putih telur.
8.    Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.
9. Hidang mengikut kreativiti dan makan bersama sos thai.

**************************************

Menu kami yang kedua pula ialah makanan berasaskan mee. Siapa yang tidak menyukai  hidangan mee??! Tentu semua menyukainya bukan. Kami juga suka makan mee. Terdapat banyak jenis mee. Ada bihun, ada kuay teow, ada juga mee sanggul (mee untuk  mee sizzling tu). Daripada mee, kita boleh buat pelbagai jenis resipi dan inovasi. Antaranya, Mee Goreng Seafood, Mee Kari, Mee Sizzling, Mee Bandung, Mee Ladna, Mee Basah (famous dekat Sabah), Kuay Teow Kungfu dan banyak lagi. 


Oleh kerana menu snek kami dari negara Thailand, maka makanan berasaskan mee juga berasal dari tempat yang sama. Nama hidangan tersebut ialah "Pard Thai", sejenis kuay teow goreng ala Thai. Mula-mula dapat resipi, kami rasa amat gementar sebab nama makanannya agak pelik dan pertama kali mendengarnya. Bila melayari youtube dan tengok macam mana orang orang Thai menyediakannya, baru kami rasa lega. Senang rupanya. Terus berangan-angan buat "Pard Thai" atas sampan macam dalam youtube tu. ;p


Pard Thai

Bahan-bahan: (hidangan untuk 2 orang)
Kuay Teow                                        300 gm
Udang                                               6 Ekor
Taugeh                                             80 gm
Kuchai                                              30 gm
Daun Ketumbar                                 30 gm
Cili Merah                                        1 Tangkai
Lobak Masin                                      20 gm
Tauhu                                              30 gm
Udang Kering                                    30 gm
Bawang Putih                                    30 gm
Serbuk Jintan Manis                          10 gm
Serbuk Ketumbar                              10 gm
Kicap Cair                                         30 gm
Kicap Pekat                                       20 gm
Sos Tiram                                          40 gm
Telur                                                1 biji
Air Limau                                          30 gm

Hiasan:
Kacang Tanah                                    50 gm
Hiasan Limau Nipis                            1 Biji

Cara Membuatnya:
1.    Goreng tauhu sehingga garing.
2.    Tumiskan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan udang sehingga sedikit kemerahan.
3.    Masukkan telur dan kacau sehingga agak masak.
4.    Masukkan kuey teow dan goreng sehingga garing.
5.    Masukkan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, kicap cair, kicap pekat, dan sos tiram kemudian teruskan menggoreng.
6.    Masukkan tauhu goreng, udang kering, taugeh, daun kucai, daun ketumbar, cili merah, lobak masin dan air limau. Goreng sebentar sehingga masak.
7. Hidangkan sedang kacang tanah dan hirisan limau nipis.



Selamat Memasak! :D