Isnin, 24 Disember 2012

cendol DIY


hi,

kepada kawan2 sekalian. Ni ada 1 resepi cendol. Cendol buatan sendiri lebih baik daripada cendol beli. Disini saya dengan tulus ikhlas ingin memberi resepi membuat cendol pujaan. Bahan-bahannya ialah:


1. Tepung beras.
2. Tepung kanji ataupun tepung sagu.
3. Air.
4. Beberapa helai daun pandan wangi.
Perkakas untuk membuat cendol (Mesin Sanwa).

Cara-cara.

1. Tepung beras dibancuh cair hingga tak melekat pada tangan. Kemudian campur sedikit tepung kanji ataupun tepung sagu.
2. Daun Pandan dikisar halus didalam blender dan kemudian tapis airnya dan masukkan kedalam tepung beras yang telah di kacau tadi.
3. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
4. Setelah semua sebati dan warnanya pun cantik kehijau-hijauan pandan dan wangi sekali, Tenggekan di atas dapur. Mula kacau sehingga berkilat.
5. Selepas berkilat, masukkan cendol yang pekat tadi ke dalam mesin sanwa dan mulalah menekan dalam bekas yang mengandungi air.. Jadi cendol tersebut akan jatuh ke dalam air.

Dah jadi cendol. Cara-cara untuk hidangkan
Bahan-Bahan:

1. Santan kelapa.
2. Sedikit garam.
3. Gula Melaka.
4. Ais

Biasanya santan dimasak terlebih dahulu dan diisikan garam sedikit. Ambil secawan santan masukkan cendol, gula melaka yang dicairkan tadi dan masukkan ais. Dan hidangkan kepada keluarga. Kalau kurang gula tambah lagi gula Melaka tu. Selamat Mencuba.

P/S: Cendol ni kalau makan tengah hari memang best, lebih-lebih lagi tengah panas



jadi selamat mencuba ya


:)




xoxo
|fara ara|

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here