Memaparkan catatan dengan label Kuih-Muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih-Muih. Papar semua catatan

Isnin, 3 Disember 2012

Perkedil Jagung




Apabila terdapat jagung yang segar bugar ni di dapur, terasa gatal tangan mahu parut dan buat perkedil jagung atau nama lainnya cucur jagung. Tapi bila teringat adik sulung, sheila, dia lagi suka jagung ni dibakar sahaja. Biar ada KFC depan mata, jagung bakar juga jadi pilihannya. :)




Perkedil jagung merupakan salah satu hidangan wajib bagi masyarakat Bugis terutamanya sewaktu majlis perkahwinan. Bila ada sahaja orang kawin, hidangan ini mesti ada. Tidak lengkap rasanya tanpa perkedil jagung.

Cara menyediakannya mudah sahaja. Teramat mudah. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya. Boleh praktikkan di rumah nanti.


Bahan-bahan:

5-6 tongkol Jagung manis
400 gm Tepung gandum
5 sudu besar Tepung pulut
2 sudu besar Tepung jagung
350 gm Udang (buang kepala dan kulit)
2 biji Lada merah (hiris nipis)
3 ulas Bawang putih (kisar)
3 ulas Bawang merah (kisar)
1/2 inci Halia (kisar)
Daun kucai
Bawang goreng
Garam dan lada sulah secukupnya
400-500 liter Air


Cara membuatnya:

1. Hiris jagung nipis-nipis. 

sumber En. Google


2. Satukan semua bahan kecuali air dalam satu mangkuk.

sumber En. Goggle


3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Tidak perlu habiskan semua air. 
Ikut kepekatan adunan. (jangan terlalu cair)

sumber En. Google


4. Panaskan minyak. Gunakan sudu makan, kaup adunan dan masukkan ke dalam kuali. 
Goreng hingga kuning keemasan.

sumber En. Google


5. Hidangkan bersama sos. (Makan begitu sahaja pun sedap)

sumber En. Google




Selamat mencuba! Rugi kalau tidak cuba. Sudah cuba, maklumkan saya ya. :)




Begedil ka Perkedil ka Cucur ka, sama ja.
Masuk perut, nyum nyummm... :D




Rabu, 28 November 2012

cucur menado

hi,
fara kembali.

kali ini nak berkongsi sedikit resepi turun temurun yang diwarisi oleh keluarga fara. fara sebenarnya orang Negeri Sembilan, jadinya pengaruh minangkabau tuh masih kuat dalam budaya masyarakat kami. resepi ini kalau di indonesia dipanggil dengan nama cucur menado/ kue cucor menado. kalau bagi kami di Negeri Sembilan pula kami hanya menggelarkan kuih ini sebagai cucur sahaja.

mari kita lihat resepinya yuk!

Cucur menado (kue cucur)






Bahan
•      1 cawan tepung beras
•      1 cawan tepung gandum
•      ½ cawan gula pasir
•      ½ cawan gula perang / gula melaka /  gula  anau
•      Sesudu kecil garam
Cara


  1. Masak gula melaka dan gula pasir dengan air hingga larut. Sejukkan seketika.2. Campur tepung beras, dan tepung gandum dan secubit garam.
  2. Tuang campuran air gula tadi kedalam campuran tepung.  Adunkan kesemuanya sehingga sebati.
  3. —  Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1jam.
  4. —Panaskan minyak.  Gunakan kuali yang kecil supaya bentukkan cucur yang terhasil nampak cantik dan sama saiz.
  5.  Masukkan sesenduk adunan tadi ke dalam kuali dan minyak yang panas.
  6. — Balik-balikan cucur tadi untuk mendapat bentuk yang diingini.
  7. — Angkat dan toskan minyak.
  8. — Sedia untuk dihidangkan.

Kaedah memasak : menggoreng dengan minyak penuh.




kalau di Sawarak kuih ini dipanggil juga kuih PENYARAM. sebenarnya pengaruh indonesia bukan sahaja terdapat di Negeri Sembilan sahaja, Sarawak juga nampaknya. :)

kuih ini ialah salah satu daripada kuih tradisional yang semkain dilupakan. jadi ayuh kawan-kawan mari lah kita mempelajari cara pembuatan kuih ini agar dapat diwarisi ke generasi akan datang.


selamat mencuba



xoxo
|fara ara|