Amali 6: Set Masakan Cina
Masyarakat cina terkenal dengan jolokan masyarakat yang lebih mengutamakan kesihatan terutamanya dari segi pemakanan mereka. oleh sebab itu, mereka gemar menggunakan kaedah memasak mengukus dan merebus dalam hidangan sehari-harian mereka.
Pada kelas amali masakan timur baru-baru ini, temanya adalah 'Set Masakan Cina'. Semua menu yang disediakan adalah masakan cina. Terdapat dua jenis menu iaitu set satu dan set dua.
Set satu terdiri daripada nasi putih, sweet and sour fish, solok tofu pok, stir fried vegetables, dan shark fin soup. Set dua pula terdiri daripada nasi putih, beef green pepper, pie tee, kubis gulung berinti dan crab meat and egg drop soup. Semuanya menyelerakan! Nyum nyum. :)
Setelah melalui undian, kumpulan kami telah mendapat menu set 1. Entri hari ini akan menceritakan dua menu iaitu nasi putih dan sweet and sour fish. Mari berkenalan dahulu dengan menu sweet and sour fish.
Menu sweet and sour fish menggunakan ikan dori sebagai bahan utamanya. Tapi ikan yang digunakan tidaklah seperti gambar di atas kerana ikan akan dipotong fillet.
Mungkin ada antara kita yang belum pernah melihat bagaimana rupa ikan dori yang sebenar, kan? Jujurnya, saya sendiri belum pernah melihatnya kerana kebiasaannya ikan dori yang digunakan sudah dibersihkan termasuklah dibuang kulit dan tulang (debone). Ia datang dalam packaging yang kemas seperti di bawah ne.
Menurut sumber wikipedia, Dori ataupun Dory (dorre, doree) terdiri daripada pelbagai jenis keluarga ikan yang berbeza-beza seperti the true dories (family Zeidae), the zeniontids (family Zenionidae), the australian dories (family Cyttidae), the oreos (family Oreosomatidae), the parazen (family Parazenidae), dan spinyfin (family Diretmidae). Walaupun terdiri daripada pelbagai keluarga ikan, ia mempunyai persamaan seperti bermata besar, berwarna keperakan (silvery), hidup di lautan dalam dan dianggap sebagai ikan yang sangat sedap.
Dori juga dapat dibezakan melalui warna, saiz badan, corak pada kulitnya dan tempat ia membiak. Di Asia Tenggara termasuklah Malaysia, ikan dori yang didapati dengan mudah adalah ikan dori dari spesis pangasius yang biasanya disebut cream dory. Pangasius merupakan salah satu spesis ikan keli ataupun 'catfish'. Jadi, anda sudah tahu serba sedikit mengenai ikan dori, kan? Jangan hanya tahu makan saja ya! :)
Di bawah ne pun salah satu spesis ikan dori. Bagi yang meminati kartun 'Finding Nemo', tentu anda sudah tahu yang kawan kepada nemo adalah seekor ikan dori yang bernama Dori. :)
~ Nemo and Dori ~
Baiklah, sesudah mengenali ikan dori, saya ingin bercerita pula mengenai pengalaman kami menyediakan resipi sweet and sour fish. Menu ini tidaklah sesukar mana pun. Mahu kata terlalu mudah pun tidaklah semudah itu kerana ia memerlukan beberapa proses. Proses pertama ialah menyediakan bahan-bahan memasak, kemudian menggoreng ikan dori yang disalut dengan bater penyalut dan akhir sekali, menyediakan kuahnya. Jom kita lihat resipinya.
Bahan-bahan:
1 fillet Ikan dori
1/2 biji Lada benggala merah (potong dadu)
1/2 biji Lada benggala hijau (potong dadu)
200 gm Nenas (potong dadu)
1 biji Tomato (potong dadu)
1/2 biji Lobak merah (potong dadu)
1 biji Bawang besar
1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
40 ml Sos cili
150 ml Sos tomato
3 camb Gula pasir
25 ml Air
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ikan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ikan
Bahan untuk bater pencelup:
1 biji Telur
125 gm Tepung gandum
250 ml Air
25 gm Tepung jagung
Garam dan lada sulah secukup rasa
Garam dan lada sulah secukup rasa
1. Sediakan bater pencelup. Celupkan isi ikan yang sudah dipotong jejari ke dalam bater pencelup. Goreng dalam minyak yang penuh dan panas sehingga garing kekuningan.
2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau, masukkan sos tomato, sos cili, sos tomato, air, gula dan perisakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
3. Masukkan lobak merah dan masak hingga empuk kemudian masukkan semua bahan yang dipotong dadu.
4. Kacau hingga rata kemudian tuangkan atas isi ikan tadi.
#Tuang kuah hanya apabila hendak menghidang untuk mengekalkan keranggupan ikan.#
Untuk menu nasi putih pula, senang sahaja. Masak nasi seperti yang biasa kita masak cuma hendak menambah aroma, letakkan daun pandan yang telah dibersihkan dan disimpul.
Tetapi, kami tidak menggunakan periuk nasi elektrik, memasak dengan kaedah manual iaitu atas dapur gas. Bagi mereka yang tidak biasa, mari lihat bagaimana kami menyediakannya.
Tetapi, kami tidak menggunakan periuk nasi elektrik, memasak dengan kaedah manual iaitu atas dapur gas. Bagi mereka yang tidak biasa, mari lihat bagaimana kami menyediakannya.
Bahan-bahan:
1 cawan Beras
1 1/2 cawan Air
1 helai Daun pandan
Cara membuatnya:
1. Cuci beras sehingga bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan air dan daun pandan ke dalam periuk berisi beras.
3. Masak dengan api yang sederhana tanpa menutup periuk.
4. Setelah 8 hingga 10 minit ataupun air beras telah kering, tutupkan periuk.
5. Tunggu sehingga nasi benar-benar masak barulah tutup api. Periksa nasi dengan merasanya untuk mengelakkan nasi jelatah.
#Jelatah bermaksud mentah ataupun tidak masak.#
~ Nasi putih yang masak sempurna di atas dapur gas. ~
Senang, mudah dan sedap. Pastikan anda mencubanya sendiri di rumah. Untuk menu seterusnya, nantikan entri akan datang.
Kurangkan nasi, lebihkan lauk dan
sayur untuk hidup yang lebih sihat! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here