Apabila terdapat jagung yang segar bugar ni di dapur, terasa gatal tangan mahu parut dan buat perkedil jagung atau nama lainnya cucur jagung. Tapi bila teringat adik sulung, sheila, dia lagi suka jagung ni dibakar sahaja. Biar ada KFC depan mata, jagung bakar juga jadi pilihannya. :)
Perkedil jagung merupakan salah satu hidangan wajib bagi masyarakat Bugis terutamanya sewaktu majlis perkahwinan. Bila ada sahaja orang kawin, hidangan ini mesti ada. Tidak lengkap rasanya tanpa perkedil jagung.
Cara menyediakannya mudah sahaja. Teramat mudah. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya. Boleh praktikkan di rumah nanti.
Bahan-bahan:
5-6 tongkol Jagung manis
400 gm Tepung gandum
5 sudu besar Tepung pulut
2 sudu besar Tepung jagung
350 gm Udang (buang kepala dan kulit)
2 biji Lada merah (hiris nipis)
3 ulas Bawang putih (kisar)
3 ulas Bawang merah (kisar)
1/2 inci Halia (kisar)
Daun kucai
Bawang goreng
Garam dan lada sulah secukupnya
400-500 liter Air
Cara membuatnya:
1. Hiris jagung nipis-nipis.
sumber En. Google
2. Satukan semua bahan kecuali air dalam satu mangkuk.
sumber En. Goggle
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Tidak perlu habiskan semua air.
Ikut kepekatan adunan. (jangan terlalu cair)
Ikut kepekatan adunan. (jangan terlalu cair)
sumber En. Google
4. Panaskan minyak. Gunakan sudu makan, kaup adunan dan masukkan ke dalam kuali.
Goreng hingga kuning keemasan.
Goreng hingga kuning keemasan.
sumber En. Google
5. Hidangkan bersama sos. (Makan begitu sahaja pun sedap)
sumber En. Google
Selamat mencuba! Rugi kalau tidak cuba. Sudah cuba, maklumkan saya ya. :)
Begedil ka Perkedil ka Cucur ka, sama ja.
Masuk perut, nyum nyummm... :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here