hi,
fara lagi.
seperti yang semua tahu, fara berasal daripada negeri sembilan. jadi kali ini fara nak menceritakan tentang makanan yang agak terkenal di negeri sembilan.
RENDANG MAMAN!!!!!!
Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan, Malaysia. Ia juga ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia dan Afrika.
Gulai maman atau rendang maman nie memang terkenal terumanya di kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Di sebelah Pantai Timur dan Utara pula, maman dibuat jeruk. Gulai maman atau rendang maman nie paling banyak di Negeri Sembilan terutama kawasan Gemencheh. Tak semua orang pandai masak sebab klu salah masak rasanya pahit. Masaknya macam masak gulai lemak cili api jer tapi semua nak lebih. Santan lebih, asam keping nak lebih. Nak masak apa-apa pun boleh campur. Boleh campur daging kering, ayam dan yang paling simple campur ikan bilis jer.
Kalau nak beli yang dah siap masak memang la mahal sebab kos nak masak pun tinggi. Kalau satu mangkuk taufu far yang paling pendek pun dalam RM 5.00. Rasa memang berbaloi...Sesiapa yang agak-agak nak merasa la rendang maman datang la ke Negeri Sembilan...
Resepi -RENDANG MAMAN
Bahan-bahan:
1kg daging/1ekor ayam kampung/itik/10 ekor puyuh/
2kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
Cili api rm1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2buku kunyit hidup/agak2
garam secukup rasa.
Cara memasaknya:
1.Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal
supaya daun maman tidak terlalu basah,
2.Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.
3.Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan
ke dalam daging tadi.
4.Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan.(Kalau kelapa parut,perah lah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat).Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair.Kalau tiada santan cair,masukkan air cili kisar tadi lebih2.
5.Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh,dagingnya lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.
6.Setelah pekat masukkan asam keping.Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi.
7.Jangan dikacau terlalu kuat,kerana dikhuatiri keluar air pahitnya.Buat perlahan2 supaya daunnya semua layu dan tenggelam.
8.Setelah semuanya layu,barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.
9.Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak,barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.
*porsi : 7 orang makan
jadi, sesiapa yang datang ke negeri sembilan jangan lupa untuk mencuba rendang maman ini.
jumpa lagi
xoxo
|fara ara|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here