Vannakkam! Pejam celik pejam celik, sudah masuk minggu ke tujuh. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Laju betul waktu yang berputar disekeliling kita. Apatah lagi sekarang tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum menamatkan kelas amali masakan timur. Berat sungguh rasanya untuk meninggalkan semua kenangan selama 4 tahun bersama.
Apa pun, perjuangan harus diteruskan. Biarlah waktu yang tersisa ini dimanfaat sebaik mungkin dengan aktiviti bersama-sama. Seperti biasa, menu untuk set makanan india terbahagi kepada dua set iaitu set satu dan set dua.
Set satu terdiri daripada pakoras with cucumber raita, nasi beriyani, ayam masak beriyani, dan dalca, manakala set dua pula terdiri daripada papad roll, nasi lemon, kambing masala dan vegetable soothie.
Setelah melakukan undian secara adil dan saksamanya, kumpulan kami telah mendapat menu set satu. Terasa excitednya untuk memasak pada kelas amali esok. Entah apa sahaja yang bakal terjadi, kan? Harap-harap semua kumpulan termasuk kumpulan saya sendiri akan berjaya menyelesaikan semua masakan dalam masa yang telah ditetapkan.
Kepada rakan-rakan kumpulan lain, jangan lupa periksa toolbox dan semua peralatan yang perlu ada ya. Jangan lupa juga, potong kuku tu agar penyediaan makanan lebih bersih dan sihat. Saling mengingati adalah salah satu tanda kasih sayang antara sahabat.
Pakoras with Cucumber Raita
Nasi Beriyani dengan Ayam Masak Beriyani
Dalca
Tunggu laporannya nanti... :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here