Isnin, 8 Oktober 2012

Makanan Tradisi Masyarakat Bugis Asli




Apabila menyelongkar dan mencari tahu akan asal usul dan salasilah keturunan Bugis, saya menjadi kagum dan bangga kerana dilahirkan dalam keluarga Bugis Asli. 


Masyarakat Bugis yang terkenal dengan pahlawan yang gagah perkasa bukan saja memiliki darah keberanian tetapi juga memiliki kepandaian dalam dunia masakan. Masyarakat Bugis mempunyai banyak resepi turun temurun yang semestinya unik, sedap dan pelbagai variasi dari segi rasa, tekstur, warna dan persembahan hidangan. Dari zaman berzaman, nenek moyang menurunkan resipi mereka dalam memastikan resipi kaum kerabat terpelihara dan tidak pupus oleh peredaran masa.

Saya sebagai generasi muda dan penyambung warisan terpanggil untuk berkongsi resipi dan masakan bagi masyarakat Bugis. Berikut adalah gambar-gambar beberapa makanan tradisi Masyarakat Bugis. 


Burasak (Nasi)
Burasak (Pulut)
Ayam Masak Lengkuas/Likku

Baroboq
Bahulu Pecak
Barongko
Sanggar Pappek

Sanggar Belanda
Coto Makassar
Kapurung
Bajek Canggoreng
Katirisala
Sikaporo



Resipinya akan saya kongsikan kemudian.

Tunggu dii! :D




4 ulasan:

  1. boleh tak kongsi resepi katirisala? teringin nak cuba. terima kasih (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. resipi katirisala bakal muncul. harap bersabar ya. terima kasih kerana setia dengan blog ini. :)

      Padam
  2. eda,masakkan untuk aku,boleh?.macam kepingin pula sekali tinguk gambar-gambar tu,hehe ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. mus, boleh bah kalau kau. mana satu kau mau rasa? nanti bulan 1 aku masakkan untuk kau. :)

      Padam

say something here