Selasa, 9 Oktober 2012

Juadah Wajib Di Pagi Lebaran


Sebut pasal burasak, tentu teringat akan kelazatan dan keenakkannya. Pagi lebaran tidak akan pernah lengkap tanpa burasak! Ibarat roti dengan mentega, kerabu dengan budu, mangga dengan lada, begitu juga dengan burasak dengan orang Bugis. Tidak sah kalau tiada burasak. Sekali rasa, berkali-kali lagi mahu menikmatinya. Sedap hingga menjilat jari. Namun, semakin hari semakin ramai genarasi muda yang tidak tahu membuatnya. Mereka hanya tahu membelinya (menempah dari orang lain). Bukan susah sebenarnya cuma perlukan kesabaran yang amat tinggi. Mari kita pelajari macam mana membuat burasak!


Bahan-bahan: (Untuk 10 Orang)
Beras Wangi                  1kg
Kelapa                            1 biji
Garam                             secukup rasa
Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping untuk membungkus
Daun pisang tua panjang lebih kurang 10 inci




Cara membuatnya:
  1. Beras dibasuh 2 atau 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih api dikecilkan.
  2. Masukkan garam seukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api. 
  3. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan - masak seperti nasi lemak.
  4. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata. 

Cara membungkusnya:
  1. Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong berukuran A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu terlebih dahulu)
  2. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.







Cara mengikatnya:
  1. Susun bungkusan bertiga atau berlima dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Burasak hampir siap.




Cara memasaknya:
  1. Rebus burasak selama 1-3 jam. Lagi lama lagi enak, lebih kurang 6-8 jam (sebaiknya direbus dalam periuk besar kayu api yang marak). Setelah masak, angkat dan tos seperti merebus ketupat. Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.





Teman setia ketupat adalah rendang. Kalau burasak pula??? Tunggu ya! Bakal dikongsi...



Selamat Mencuba! :D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here