fara kembali.
kali ini nak berkongsi sedikit resepi turun temurun yang diwarisi oleh keluarga fara. fara sebenarnya orang Negeri Sembilan, jadinya pengaruh minangkabau tuh masih kuat dalam budaya masyarakat kami. resepi ini kalau di indonesia dipanggil dengan nama cucur menado/ kue cucor menado. kalau bagi kami di Negeri Sembilan pula kami hanya menggelarkan kuih ini sebagai cucur sahaja.
mari kita lihat resepinya yuk!
Cucur menado (kue cucur)
Bahan
• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan tepung gandum
• ½ cawan gula pasir
• ½ cawan gula perang / gula melaka / gula
anau
• Sesudu kecil garam
Cara
- Masak gula melaka dan gula pasir dengan air hingga larut. Sejukkan seketika.2. Campur tepung beras, dan tepung gandum dan secubit garam.
- Tuang campuran air gula tadi kedalam campuran tepung. Adunkan kesemuanya sehingga sebati.
- Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1jam.
- Panaskan minyak. Gunakan kuali yang kecil supaya bentukkan cucur yang terhasil nampak cantik dan sama saiz.
- Masukkan sesenduk adunan tadi ke dalam kuali dan minyak yang panas.
- Balik-balikan cucur tadi untuk mendapat bentuk yang diingini.
- Angkat dan toskan minyak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Kaedah
memasak : menggoreng dengan minyak penuh.
kalau di Sawarak kuih ini dipanggil juga kuih PENYARAM. sebenarnya pengaruh indonesia bukan sahaja terdapat di Negeri Sembilan sahaja, Sarawak juga nampaknya. :)
kuih ini ialah salah satu daripada kuih tradisional yang semkain dilupakan. jadi ayuh kawan-kawan mari lah kita mempelajari cara pembuatan kuih ini agar dapat diwarisi ke generasi akan datang.
selamat mencuba
xoxo
|fara ara|

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here