Dalam jangka masa yang panjang, Gulai Lemak Pucuk Ubi boleh memberikan kesan yang buruk pada tubuh badan kita? Tentu anda tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku. Sebelum itu, mari kita bersoal jawab tentang cara anda menyediakan hidangan tersebut...
- Sebelum anda mereneh daun pucuk ubi untuk melembutkannya, apakah langkah pertama yang anda lakukan?
- adakah anda melumatkan daun pucuk ubi tersebut atau hanya sekadar mengoyakkannya lalu merenehnya?
- apakah yang anda lakukan terhadap air renehan daun pucuk ubi itu?
- ataupun anda terus merebus daun pucuk ubi tersebut tanpa melumatkannya dan membuang air rebusannya?
Sekiranya anda hanya mengoyakkannya dan tidak membuang air renehan tersebut, maka anda berdepan dengan satu masalah kesihatan untuk satu jangka masa yang panjang. Anda boleh perhatikan semasa proses mereneh, terdapat buih-buih jernih yang timbul di permukaan air. Air itu adalah toksin yang dikeluarkan dari daun pucuk ubi. Sekiranya anda hanya mengoyakkan daun pucuk ubi, maka hanya sedikit toksin yang terbebaskan sepanjang proses renehan.
Oleh yang demikian, mulai saat anda membaca kiriman saya ini, lakukanlah proses memasak Gulai Lemak Pucuk Ubi dengan betul.
Gulai Lemak Pucuk Ubi yang ditumbuk/dilumatkan |
Gulai Lemak Pucuk Ubi yang dikoyakkan sahaja. |
Selamat Berkongsi... :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here