Amali 1: Snek Dan Makanan Berasaskan Mee
Bila sebut tentang snek, tentu teringat 'jajan'. Jajan peneman dikala menonton drama korea. Jajan membantu mulut yang tidak pandai berhenti mengunyah. Jajan yang tidak pernah mengecewakan manusia tidak kira usia dek kerana kelazatan monosodium glutamatnya (MSG). ;p
Menurut sumber dari Wikipedia Malaysia, snek adalah makanan ringan yang lazimnya dimakan dalam waktu yang singkat. Dalam erti kata yang lain, snek adalah hidangan yang ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan. Selain keropok, pelbagai lagi jenis snek yang biasa kita perolehi di gerai-gerai makanan dan boleh kita sediakan sendiri. Antara snek yang menjadi kegemaran ramai ialah Popiah, Cucur Udang, Samosa Kentang dan Wanton Goreng. Siapa yang tidak suka makan popiah bukan.
Jadi, pada kelas amali Penyediaan Makanan Timur VEF3056 yang pertama ini ataupun kami menggelarnya "Waktu Berinspirasi", kumpulan kami telah mendapat menu "Poh Pia Tord", sejenis popiah ala Thailand. Mendengarkan namanya saja sudah mampu membuatkan kita membayangkan betapa gahnya rupa bentuk hidangan tersebut. Tapi hakikatnya, ia sama saja dengan popiah tempatan. Cuma inti yang berlainan. Moh kita belajar macam mana nak buatnya. :D
Poh Pia Tord |
Bahan-Bahan: (hidangan untuk 2 orang)
Bawang
Putih 30 gm
Bawang
Besar 100 gm
Isi
Ayam 400 gm
Daun
Limau 3 Helai
Daun
Bawang 5 gm
Kulit
Popiah 10 Helai
Pes Tom Yam 45 gm
Gula 10 gm
Garam 10 gm
Minyak 350 gm
Telur 1 Biji
Hiasan:
Lobak 1/3 Biji
Sos
Thai 50 gm
Cara Membuatnya:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ¾ masak.
3. Apabila ayam hampir masak, masukkan daun limau.
4. Biarkan sehingga kuahnya menjadi kering.
5. Biarkan sejuk kemudian tabur dengan daun bawang dan gaul
rata.
6. Ambil kulit popiah. Masukkan inti dan gulungkannya.
7. Pada hujungnya lekatkkan dengan putih telur.
8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.
9. Hidang mengikut kreativiti dan makan bersama sos thai.
**************************************
Menu kami yang kedua pula
ialah makanan berasaskan mee. Siapa yang tidak menyukai hidangan mee??!
Tentu semua menyukainya bukan. Kami juga suka makan mee. Terdapat banyak jenis
mee. Ada bihun, ada kuay teow, ada juga mee sanggul (mee untuk mee
sizzling tu). Daripada mee, kita boleh buat pelbagai jenis resipi dan inovasi. Antaranya,
Mee Goreng Seafood, Mee Kari, Mee Sizzling, Mee Bandung, Mee Ladna, Mee Basah
(famous dekat Sabah), Kuay Teow Kungfu dan banyak lagi.
Oleh kerana menu snek kami
dari negara Thailand, maka makanan berasaskan mee juga berasal dari tempat yang
sama. Nama hidangan tersebut ialah "Pard Thai", sejenis kuay teow
goreng ala Thai. Mula-mula dapat resipi, kami rasa amat gementar sebab nama
makanannya agak pelik dan pertama kali mendengarnya. Bila melayari youtube dan
tengok macam mana orang orang Thai menyediakannya, baru kami rasa lega. Senang
rupanya. Terus berangan-angan buat "Pard Thai" atas sampan macam
dalam youtube tu. ;p
Pard Thai |
Bahan-bahan: (hidangan untuk 2 orang)
Kuay
Teow 300 gm
Udang 6
Ekor
Taugeh 80 gm
Kuchai 30 gm
Daun
Ketumbar 30 gm
Cili
Merah 1 Tangkai
Lobak
Masin 20 gm
Tauhu 30 gm
Udang
Kering 30 gm
Bawang
Putih 30 gm
Serbuk
Jintan Manis 10 gm
Serbuk
Ketumbar 10 gm
Kicap
Cair 30 gm
Kicap
Pekat 20 gm
Sos
Tiram 40 gm
Telur 1 biji
Air
Limau 30 gm
Hiasan:
Kacang
Tanah 50 gm
Hiasan
Limau Nipis 1 Biji
Cara Membuatnya:
1. Goreng tauhu sehingga garing.
2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan
udang sehingga sedikit kemerahan.
3. Masukkan telur dan kacau sehingga agak masak.
4. Masukkan kuey teow dan goreng sehingga garing.
5. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, kicap cair,
kicap pekat, dan sos tiram kemudian teruskan menggoreng.
6. Masukkan tauhu goreng, udang kering, taugeh, daun kucai, daun
ketumbar, cili merah, lobak masin dan air limau. Goreng sebentar sehingga masak.
7. Hidangkan sedang kacang tanah dan hirisan limau nipis.
Selamat Memasak! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here