fara is back!
baiklah lama sudah tak post sesuatu di blog tercinta ini. agak kesibukkan di kala ini dengan tugasan yang melambak dan diri pun hampir tak terurus dah. eh! perlu cerita ke? ahaaa mari kita fokus dengan tajuk yang di paparkan di atas sebelum cik fara mula membebel-bebel. :P
seperti mingu-minggu yang lepas, amali memasak pasti berlaku. jadinya minggu lalu, kami telah mendapat resepi berasaskan masakan Melayu. menu tersebut ialah NASI TOMATO , AYAM MASAK MERAH, ACAR RAMPAI dan ROJAK BUAH.
wahhhh! mentang-mentang lah sekarang ni musim orang kahwin, menu pun ala-ala kenduri gitu. hehehe bagus juga dapat menu ini sebab nanti kalau kenduri kendara da boleh masak sendiri tak perlu nak tempah katering yang mahal lah sangat sekarang. sekali kenduri kahwin mahu sahaja mencecah belas-belas ribu. fuhhh!
mari kita lihat resepi yang telah fara dan rakan-rakan telah masak minggu lepas.
Nasi
Tomato
Bahan-bahan:
Beras basmati 300 g
Tomato dipotong dadu 50 g
Sos tomato 30 g
Tomato puree 15 g
Susu
25 ml
Air
100 ml
Daun pandan 10 g
Garam 3 g
Bahan-bahan tumis:
Mentega
80 g
Kulit kayu manis 10 g
Bunga lawang 10 g
Bunga cengkih 10 g
Buah pelaga 10 g
Bawang putih dihiris 20 g
Bawang besar dihiris 40 g
Prosedur
memasak:
1.
Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
2.
Panaskan mentega/minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis
sehingga naik bau.
3.
Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian,
masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
4.
Tanak sehingga masak.
5.
Hidang panas dan boleh taburkan dengan bawang goreng.
_________________________________________________________________________________
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
Paha ayam –
*dibuang kulit dan dilumur dengan garam dan
kunyit 600
g
Sos tomato 170
g
Air
150 ml
Minyak masak 30 ml
Bawang putih 10 g
Cili kering 15
g
Halia
2 cm
Bawang merah 70 g
Serai – dititik 1 batang
Kacang pis 15 g
Bawang besar - dipotong bulat 60
g
Bahan-bahan tumis:
Kulit kayu manis 3 cm
Bunga lawang 1 kuntum
Buah pelaga 3 biji
Hiasan :
Daun bawang – dihiris 1 tangkai
Cili merah – dibentuk bunga 1 biji
Prosedur Memasak:
1.
Panggang atau goreng ayam hingga separuh masak.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis, bahan kisar dab
serai. Tumis hingga berwarna keemasan.
3.
Tuang air dan sos tomato, kacau rata.
4.
Masukkan ayam dan kacang pis, kacau rata hingga masak.
5.
Masukkan bawang besar, kacau. Sesuaikan rasanya dan angkat.
6.
Masukkan masakan dalan pinggan hidang. Hiasakan dengan cili
merah dan daun bawang.
7.
Pek dalam bekas yang sesuai.
_________________________________________________________________________________
Rojak Buah
Bahan-bahan:
Timun
130 g
Sengkuang 350 g
Nanas
200 g
Mangga muda-dihiris 100 g
Kuah:
Cili kering
15 g
Belacan bakar 2 cm
Limau nipis – diambil jusnya 2 biji
Kacang tanah goreng – ditumbuk
kasar 50
g
Air asam jawa 60 ml
Gula melaka – dicincang 100 g
Petis
15 g
Bijan – digoreng tanpa minyak 10 g
Garam secukupnya
Hiasan :
Daun pisang
1 helai
Prosedur Memasak:
1.
Sediakan kuah
·
Cili kering dan belacan digoreng dengan sedikit minyak
kemudian dikisar.
·
Gaulkan cili kisar, gula melaka dalam mangkuk adunan.
·
Masukkan jus limau, air asam jawa, garam dan petis.
·
Gaul rata dan masukkan kacang tanah serta bijan.
2.
Menghias, menghidang dan mengepek
·
Alas pinggan hidangan dengan daun pisang.
·
Campurkan semua sayur-sayuran dan buah-buahan, gaul rata
(sekiranya terus hidangkan) atau susun sayur-sayuran dengan menarik dan
diletakan mangkuk berisi kuah disisinya sekiranya fihidang berasingan.
·
Hidangkan. Pek dalam bekas yang sesuai.
_________________________________________________________________________________
Arca Rampai
Bahan-bahan:
Timun
80 g
Lobak 70 g
Cili Merah 20 g
Cili hijau 20 g
Bawang besar 50 g
Bawang putih
20 g
Halia 3 cm
Biji sawi 5 g
Bijan-goreng sedikit 5 g
Serbuk kunyit 5 g
Cuka
30 g
Garam dan gula secukup
Prosedur Memasak:
1.
Timun dibuang bahagian tengahnya-potong memanjang.
2.
Lobak, cili merah dan cili hijau-potong memanjang
3.
Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan biji sawi,
biarkan satu minit sambil dikacau.
4.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan cili,
serbuk kunyit dan cuka, kacau.
5.
Kemudian masukkan timun dan lobak. Kacau dan perasakan dengan
garam gula dan masukkan bijan. Gaul sebati seketika. Angkat dan hidang.
_________________________________________________________________________
itulah resepi yang telah fara dan rakan-rakan masak pada sesi amali minggu lepas. dan inilah hasilnya
seperti yang kita semua tahu, tatasajian di atas bukanlah tatasajian asli bagi masakan melayu. ini ialah tatasajian sebenar bagi sajian melayu.
tatasajian melayu sebenarnya tidak menggunakan suda dan garfu untuk makan. masyarakat melayu lazimnya menggunakan tangan untuk makan. suda pula digunakan untuk mengambil lauk pauk untuk diletakkan di dalam pinggan makan mereka. tatasajian masakan melayu mempunyai bekas basuh tangan. bekas ini lah yang membezakan cara hidangan melayu dengan kaum yang lain.
akan tetapi, bagi kelas amali yang lepas, puan Saedahtinnur iaitu pensyarah kami telah mencadangkan agar kami menghidangkan masakan kami secara moden kontemperori. hal ini bagi memudahkan juri-juri tidak terlatih di dalam kelas kami untuk merasa dan mengkritik hidangan kami.
jadi itu sahajalah untuk kali ini.
selamat mencuba!
xoxo
|fara ara|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here