Selasa, 6 November 2012

Ikan Kayu Masak Merah ala Mama Diana


 Apabila Oren bersahabat baik dengan Coklat,

MAKA,

Sahabat baik kepada Nasi Kuning adalah tidak lain tidak bukan, 
Ikan Kayu Masak Merah! :)


Kalau entri sebelum ini saya sudah kongsikan bagaimana membuat nasi kuning, kali ini saya mahu berkongsi pula bagaimana membuat ikan kayu masak merah versi mak saya.

Kalau bab masak memasak, memang para ibulah yang menjadi juaranya. Paling manang la kata orang sabah. Tiada tolak bandingnya. Jadi saya bermurah hati berkongsi bagaimana ibu saya membuat ikan tongkol masak merah.


Setiap hari isnin hingga jumaat, mak saya akan membuat nasi kuning dan ikan kayu masak merah ne. Dari seawal jam 6 pagi lagi mak saya sudah sibuk menyiapkan juadah ne untuk dijual kepada pelanggan tetap mak saya. Kalau berkelapangan, saya akan menolong mak saya. Tolong tengok dan tolong makan. :p

Cara mak saya buat tidak terlalu berbeza dengan orang lain cuma terdapat sedikit kelainan. Ingin tahu, mari lihat resipi dan cara membuatnya.


Bahan-bahan:

8-9 keping Ikan tongkol / kayu
4 biji Bawang putih
2cm Halia
2 sudu kecil Lada putih
2 sudu Tepung beras pulut
5-6 sudu Tepung gandum
2 batang serai - diketuk
minyak masak
1 sudu teh pati asam jawa
3/4 cawan air
garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:

15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan (pilihan)


Caranya:

1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Lumurkan pada ikan kayu yang telah dibersihkan.
3. Letakkan sedikit garam dan lada putih untuk perisa.
4. Dalam satu mangkuk yang lain, campurkan tepung gandum dan tepung pulut.
5. Panaskan minyak.
6. Salutkan ikan tongkol dengan campuran tepung dan goreng sehingga garing.
7. Dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak. 
8. Tumis semua bahan kisar sehingga timbul minyak.
9. Masukkan air, pati asam jawa dan serai.
10. Biarkan masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

*Ikan dan kuah tidak akan disatukan seperti kebiasaannya untuk mengelakkan keranggupan pada salutan ikan musnah dek dibasahi oleh kuah.*

Siapa yang pernah mencuba nasi kuning dan ikan kayu masak merah yang mak saya buat, pasti menginginkannya lagi seperti saya yang telah menjadi peminat No. 1!

Rugi kalau tidak mencubanya sendiri...




'Air Tangan Ibu' are number 1 for me! :)





tapai pulut daun getah

hi semua!

it's me again la. fara

baiklah kali nak story sikit tentang apa yang terjadi pada minggu lepas. Disebabkan fara dapat seminggu cuti semperna Hari Raya Aidiladha....

apa? seminggu?

ya :)

eah tapi tak bermakna duduk rumah goyang kaki saja tau. daripada duduk rumah tak buat apa yang berfaedah, fara decide untuk belajar beberapa resepi kuih muih atau manisan yang sering dimakan oleh keluarga kami.

dalam family fara, uwan,omak dan mama sering menjadi rujukan apabila tiba kerja masak memasak. tapi yang lebih expert uwan dan omak. sebab kedua-dua ini ialah SURI RUMAH sepenuh masa. uwan da tak berapa sihat, maka omak lah menjadi mangsa kali ni untuk mengajar fara beberapa resepi keluarga kami itu. mama pula sibuk dengan sekolah saja. al-maklumla wanita bekerjaya. ahaa

:)

resepi manisan kali ini fara nak ajar cara-cara untuk membungkus tapai pulut menggunakan daun getah. TAPAI sedap sebab rasa masam*manis gitu kan! 

selalunya jarang sangat dapat makan tapai yang dibungkus dengan daun getah sebab kebanyakkannya tapai tersebut hanya diletakkan seperti ini sahaja kan!


kekangan masa dan ketiadaan daun getah yang amat payah nak cari menyebabkan rata-rata peniaga ataupun  kita mengambil jalan mudah iaitu masukkan sahaja tapai ini ke dalam bekas kecil yang comel begini. dalam erti kata lain *malas* hahaha

tapi tak apa la, janji tapai itu masih bole dimakan dengan selamat, maka ianya tiada masalah bagi penggemar tapai seperti fara :)

dah taknak melalut, mari mulakan resepi kita ini.

sebelum mula nak tunjuk dulu rupa tapai yang bakal kita akan buat kali ini.


nampak susah tak?
*sengih*

eah jangan lah risau sangat tak susah la! baiklah kita mula ikot steps by steps  in'allah bole buat punya tau.

Nak buat tapai pulut ni, senang sangat. 

Bahan utama :: 
beras pulut dan ragi. 
  • *Memula kena kukus dulu beras pulut
  •  kemudian letakkan di dalam bekas
  • tabur and gaul dengan ragi. 
  • kemudian biar sekejap, nak bagi beras pulut dengan ragi sebati dulu. 
  • Then, boleh lah memulakan acara membungkus tapai pulut secara berjemaah.
bole lihat gambar yer

*beras pulut campur ragi, sudah sedia dibungkus *

itu cara nak bungkus tapai pulut ni. Senang kot bagi yang dah selalu buat. Hehehe. boleh pakai daun getah @ jambu @ pisang @ bekas plastik. Tak kisah la, asalkan daun. -.-” Pastu, lidi / staple untuk kemaskan bungkusan tuh. jadi langkah untuk bungkus membungkus bermula :
  1. Bersihkan daun getah tu *atau daun apa2 yang kamu pakai*
  2. Jadikan daun tu macam bentuk kon
  3. Masukkan pulut tadi *ikut saiz daun tu, kalau kecik, letak la sikit je*
  4. Lipat daun yang belah depan tu ke dalam.
  5. Lipat bahagian kiri daun ke dalam.
  6. Lipat bahagian kanan tu ke dalam *biar bertindih dgn lipatan awal tadi*
  7. Pastu selit la lidi or staplekan bungkusan tu
  8. Tadaaa!! Jadi dah tapai pulut hang pa!

sebenarnya ada banyak cara nak bungkus tapai pulut ni. ikut selera masing-masing la. Hehe. Dah selesai bungkus semua, masukkan dalam bekas dan balut bekas tu pakai kain batik atau tuala atau kain apa-apa la. Kena balut pakai banyak kain. Pastu simpan la dalam 2 ke 3 hari sebelum boleh dimakan.





perkara yang perlu tahu ketika membuat tapai

oit sapa kata buat tapai takda pantang? ada oke. haha biasala orang tua zaman dulu kala kalau takda pantang tak sah laaa.... ape yang sah ntah tak dapat dipastikan. :)

antara pantang larang yang masih diikuti oleh generasi muda zaman kini termasukla saya dan keluarga ialah ::


  • time bungkus tu, takleh bising2 or banyak cakap. Nanti tapai jadi masam. -.-”
  • Perempuan period takleh join bungkus, nanti tapai jadi kaler merah. -________-”
  • Takleh bising2 dekat bekas simpan tapai tu, nanti die tak jadi. Merajuk katenye. -.-”
Dan sebagainya la. -__-” Tapi takda la pulak tapai tu jadi kaler merah pun sebelum ni. *memandai je tau orang2 tua ni :p* Kekeke. Saje lah tu buat pantang larang sendiri. hahahaa


~ Selamat mencuba~ 


:)

xoxo
|fara ara|

Isnin, 5 November 2012

DEN ORANG MINANG !!

(saya orang minang)



Mungkin ada yang tertanya-tanya..

Siapakah mereka?
Di mana asal mereka?
Apa kaitan golongan ini dalam blog ini?

semua persoalan ini akan terjawab (dibawah)




Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah penganut kebudayaannya meliputi Sumatera Barat, separuh darat Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian barat Jambi, bahagian selatan utara, barat daya Aceh dan juga Negeri Sembilan di Malaysia. Itu adalah serbara sedikit mengenai kawasan penduduk Minang. Terdapat banyak keistimewaan kaum ini terutamanya berkaitan dengan adat-istiadat. Pernah dengar ungkapan ini "biar mati emak, jangan mati adat". Bergitu tinggi adat yang diangkat oleh kaum ini. 


 
orang minang




Admin tidak mahu cerita panjang mengenai Minangkabau ini. Cuma admin mahu kongsikan masyarakat ini, suatu masa dahulu pernah berimigran ke semenajung Malaysia, dah negeri Sembilan menjadi tempat untuk menetap dan menyebarkan adat. Sehingga sekarang N.Sembilan masih mengamalkan adat pepatih yang dibawa. 

Admin mahu kongsikan, tidak hanya adat dibawa masuk ke negara ini tetapi juga pelbagai jenis makanan utama, selingan, kuih muih dan minuman. Masakan yang terkenal yang mengaitkan tentang kaum ini adalah masakan berasaskan kelapa/santan. Contohnya, masakan berlemak santan dijadikan asas untuk beri tekstur kepada makanan dan kuih yang terkenal adalah kue kutu. Banyak lagi  makan yang dikongsikan pada post yang akan datang. Jumpa lagi 


kuih kutu


masak lemak cili padi