(saya orang minang)
Mungkin ada yang tertanya-tanya..
Siapakah mereka?
Di mana asal mereka?
Apa kaitan golongan ini dalam blog ini?
semua persoalan ini akan terjawab (dibawah)
Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah penganut kebudayaannya meliputi Sumatera Barat, separuh darat Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian barat Jambi, bahagian selatan utara, barat daya Aceh dan juga Negeri Sembilan di Malaysia. Itu adalah serbara sedikit mengenai kawasan penduduk Minang. Terdapat banyak keistimewaan kaum ini terutamanya berkaitan dengan adat-istiadat. Pernah dengar ungkapan ini "biar mati emak, jangan mati adat". Bergitu tinggi adat yang diangkat oleh kaum ini.
orang minang
Admin tidak mahu cerita panjang mengenai Minangkabau ini. Cuma admin mahu kongsikan masyarakat ini, suatu masa dahulu pernah berimigran ke semenajung Malaysia, dah negeri Sembilan menjadi tempat untuk menetap dan menyebarkan adat. Sehingga sekarang N.Sembilan masih mengamalkan adat pepatih yang dibawa.
Admin mahu kongsikan, tidak hanya adat dibawa masuk ke negara ini tetapi juga pelbagai jenis makanan utama, selingan, kuih muih dan minuman. Masakan yang terkenal yang mengaitkan tentang kaum ini adalah masakan berasaskan kelapa/santan. Contohnya, masakan berlemak santan dijadikan asas untuk beri tekstur kepada makanan dan kuih yang terkenal adalah kue kutu. Banyak lagi makan yang dikongsikan pada post yang akan datang. Jumpa lagi
kuih kutu
masak lemak cili padi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here