Selasa, 6 November 2012

Ikan Kayu Masak Merah ala Mama Diana


 Apabila Oren bersahabat baik dengan Coklat,

MAKA,

Sahabat baik kepada Nasi Kuning adalah tidak lain tidak bukan, 
Ikan Kayu Masak Merah! :)


Kalau entri sebelum ini saya sudah kongsikan bagaimana membuat nasi kuning, kali ini saya mahu berkongsi pula bagaimana membuat ikan kayu masak merah versi mak saya.

Kalau bab masak memasak, memang para ibulah yang menjadi juaranya. Paling manang la kata orang sabah. Tiada tolak bandingnya. Jadi saya bermurah hati berkongsi bagaimana ibu saya membuat ikan tongkol masak merah.


Setiap hari isnin hingga jumaat, mak saya akan membuat nasi kuning dan ikan kayu masak merah ne. Dari seawal jam 6 pagi lagi mak saya sudah sibuk menyiapkan juadah ne untuk dijual kepada pelanggan tetap mak saya. Kalau berkelapangan, saya akan menolong mak saya. Tolong tengok dan tolong makan. :p

Cara mak saya buat tidak terlalu berbeza dengan orang lain cuma terdapat sedikit kelainan. Ingin tahu, mari lihat resipi dan cara membuatnya.


Bahan-bahan:

8-9 keping Ikan tongkol / kayu
4 biji Bawang putih
2cm Halia
2 sudu kecil Lada putih
2 sudu Tepung beras pulut
5-6 sudu Tepung gandum
2 batang serai - diketuk
minyak masak
1 sudu teh pati asam jawa
3/4 cawan air
garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:

15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan (pilihan)


Caranya:

1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Lumurkan pada ikan kayu yang telah dibersihkan.
3. Letakkan sedikit garam dan lada putih untuk perisa.
4. Dalam satu mangkuk yang lain, campurkan tepung gandum dan tepung pulut.
5. Panaskan minyak.
6. Salutkan ikan tongkol dengan campuran tepung dan goreng sehingga garing.
7. Dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak. 
8. Tumis semua bahan kisar sehingga timbul minyak.
9. Masukkan air, pati asam jawa dan serai.
10. Biarkan masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

*Ikan dan kuah tidak akan disatukan seperti kebiasaannya untuk mengelakkan keranggupan pada salutan ikan musnah dek dibasahi oleh kuah.*

Siapa yang pernah mencuba nasi kuning dan ikan kayu masak merah yang mak saya buat, pasti menginginkannya lagi seperti saya yang telah menjadi peminat No. 1!

Rugi kalau tidak mencubanya sendiri...




'Air Tangan Ibu' are number 1 for me! :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here