Selasa, 16 Oktober 2012

Jom Sarapan!


Bagus kan kalau ada yang hidangkan sarapan kepada kita? Siap hantar atas tilam lagi. Memang layanan yang terbaik. Untung la kepada sesiapa yang dilayan seperti begitu. Bagai puteri raja yang tinggal di istana. :)


Pagi-pagi macam ne, tentu sedap kalau pekena roti canai dengan teh tarik! Nyaman! Bertenaga rasanya. Tapi sayangnya, masih ada insan di luar sana yang mengabaikan pengambilan sarapan di waktu pagi. Kenapa ya? Sibuk? Kejar waktu? Tiada masa? Mari ketahui serba sedikit mengenai "Sarapan".




Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus. Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baikPemilihan sarapan terutama kaya karbohidrat dapat membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.


Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja. Sedihnya, masih ramai masyarakat kita belum mampu menjadikan sarapan sebagai satu kemestian di dalam hidup mereka atau jika diambil pun pada waktu berbeza-beza. Anda pula bagaimana?


Jadi, marilah kita sama-sama mengamalkan pengambilan sarapan di waktu pagi secara tetap. Ambillah sedikit masa untuk menyediakan sarapan walaupun hanya segelas air kosong dan sekeping roti. Janji sarapan. Tapi jangan pula makan dalam kuantiti yang banyak. Nanti mengantuk pula kita dibuatnya.







Selamat pagi dunia... :D





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here