Jumaat, 19 Oktober 2012

Bubur Kacang Hijau

Kacang Hijau Oh Kacang Hijau!

Sebelum kami bercerita mengenai menu kuih manis yang seterusnya iaitu bubur kacang hijau, saya ingin berkongsi satu cerita yang berkaitan. :)


Cerita dogeng ini berlaku dalam masyarakat tempatan di Sabah yang bermula sekitar tahun 2000, 12 tahun yang lalu. Bagi mereka yang lahir seangkatan dengan saya, tentu mereka akan ingat tentang cerita 'kacang hijau' yang mengemparkan ramai orang di Sabah.
Cerita ini bermula di sebuah kepulauan yang tidak jauh dari bandar Sandakan. Diceritakan, terdapat seorang perempuan yang baru melahirkan seorang bayi yang jantinanya tidak dikenalpasti. Bayi tersebut dikatakan boleh bercakap dan telah berpesan agar semua orang harus memakan kacang hijau. Sesiapa yang tidak memakan kacang hijau, mereka akan terkena musibah. Dipendekkan cerita, perkara tersebut tersebar meluas dari satu mulut ke satu mulut, dari satu daerah ke satu daerah, sehinggakan kacang hijau kekurangan stok dalam beberapa hari tu. Sungguh, perkara ne benar-benar terjadi. Maksud saya, kekurangan stok kacang hijau! Sebabnya, ayah saya pun percaya dan membeli kacang hijau walaupun hanya sepaket kecil saja. Ayah beritahu yang kebanyakkan kedai sudah kehabisan kacang hijau, nasib baik terjumpa kedai yang masih ada stok. Kemudian, ayat 'cover' ayah saya, "Bukan sebab percaya cerita tu tapi teringin mahu makan!". Ayah saya memang pandai buat lawak. :) Sehingga sekarang saya ingat cerita tu sebab 'effect'nya begitu mendalam sampai dekat sekolah pun asyik cerita yang sama, cikgu pun cerita benda sama. Alahai, lucu bila diimbas semula. Kacang Hijau Oh Kacang Hijau. :p
Mari kita ke cerita seterusnya.


Bubur kacang hijau adalah salah satu juadah ataupun manisan orang tempatan. Bubur kacang hijau boleh divariasikan dengan pelbagai inovasi bahan. Ia boleh ditambah dengan durian, lalu menjadi Bubur Kacang Hijau Durian. Ia juga boleh ditambah sagu, lalu menjadi Bubur Kacang Hijau Sagu dan apabila ditambah jagung, ia menjadi Bubur Kacang Hijau Jagung.

Semasa proses menyediakan menu ini, kumpulan kami menghadapi sedikit masalah. Kuahnya menjadi sangat cair dan tidak terlalu pekat. Kami telah menambah santan untuk memekatkannya namun berlaku sedikit sahaja perubahan. Mungkin sukatan air kami tidak tepat dan menyebabkan kuahnya jadi cair. Walaupun begitu, rasanya tetap sedap! Lemak manis disukai ramai! Mari belajar bagaimana kami menyediakannya.


Bahan-bahan:

250 gm  Kacang hijau
100 gm  Gula melaka
50 gm  Gula pasir
500 ml Air
250 ml Santan
2 helai  Daun pandan
1 sudu kecil  Garam


Cara membuat:

1. Cuci dan rendam kacang hijau selama semalaman.
2. Panaskan air dalm periuk dan masukkan gula melaka 
dan gula pasir. Biarkan hingga larut.
3. Rebuskan kacang hijau hingga kembang kemudian masukkan air gula, daun pandan dan masak hingga mendidih.
4. Tambahkan santan dan garam. Jika kurang manis, boleh tambah gula.
5. Masakkan sekejap dan jika pekat, tambahkan sedikit air.
6. Hidangkan.


Rebus kacang hijau hingga kembang.


Masukkan gula.


Masukkan daun pandan dan santan.


Hasilnya! 'Bubur Kacang Hijau' kami! :)


Sesi penilaian oleh Pensyarah dan rakan-rakan.
Ada beberapa teguran membina. Terima kasih semua! :)


Susun atur meja kumpulan kami. (makanan belum siap!) ;p





Jangan percaya pada 
cerita dongeng! :D





2 ulasan:

  1. haha..lucu tu cerita bila diingat balik..my mom pun percaya ni..abis kami satu rumah dipaksa makan tu kacang hijau..hahaha..lucu2

    BalasPadam
  2. haha. percaya juga kamu mus?? tapi semua orang pun bah kan.. memang lucu deh kalau diingat! :D

    BalasPadam

say something here