Rabu, 17 Oktober 2012

Kelas Amali Datang Lagi...


Esok hari apa ya? Rabu? Khamis? Khamis! Esok hari khamis! 
Hari memasak budak-budak minor masakan sem 8 dan juga waktu untuk bergembira bersama kawan-kawan dan pensyarah dalam dapur yang low profile. :p

Tema masakan pada minggu ini ialah kuih manis. Terdapat banyak jenis kuih manis yang boleh kita dapati dengan mudah di negara kita ne. Kalau tulis satu persatu tentu panjang berhelai-helai muka surat. Antara menu yang bakal disediakan oleh kumpulan lain ialah kuih ketayap, kuih rengas, bubur caca dan bubur pulut hitam.

Kumpulan kami pula akan menyediakan menu kuih lapis dan bubur kacang hijau. Rasanya kemahiran untuk memasak hidangan ne masih ada dalam kepala. Tapi entah menjadi entah tidak sebab sudah agak lama tidak membuatnya sendiri. Biasanya mak yang buat atau beli dekat kedai. Walau apapun yang bakal terjadi, sama-samalah kita tunggu dan lihat esok. Harap anda semua bersabar untuk mengetahui hasilnya nanti seperti kami yang tidak sabar memasak ne. Nantikan entri terbaru mengenai kelas amali kami ya. Jangan ketinggalan!



Sehingga berjumpa lagi... :D





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here