Rabu, 10 Oktober 2012

Pisang Oh Pisang!




Siapa yang tidak suka makan pisang?! Semua orang suka, betul tidak? Bukan sahaja kerana vitamin dan khasiat yang terdapat dalam isinya, tetapi kerana rasanya yang sedap dan boleh divariasi dengan pelbagai resipi.

Pisang ataupun nama botaninya Musa spp. merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Pisang mempunyai pelbagai kegunaan. Dari batang pisang sehingga jantung pisang, semuanya punya kegunaan masing-masing. Mari berkenalan dengan gambar pisang. Tentu ada dalam kalangan kita yang tahu rupa bentuk pisang tetapi tidak namanya, kan? :)


Pisang Emas atau saya gelar Pisang Budak ;)


Pisang Tanduk


Pisang Berangan


Pisang Rastali atau Pisang Keling


Pisang Kepok atau Pisang Saba (kegemaran rakyat Sabah)





Dan banyak lagi la.
Nanti boleh search dalam Google! ;)




Pisang menyihatkan...;D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here