Petang-petang macam ne, sedap kalau minum teh hangat dan pisang goreng. Sambil berkumpul bersama keluarga atau kawan-kawan dan bercerita tentang apa saja. Kalau perempuan, tentulah bergosip! Bertambah hangat suasana. :)
Mari singgah sebentar ke dunia saya. Hari ini saya ingin berkongsi salah satu hidangan minum petang orang Bugis yang 'famous' iaitu Sanggap Pappek. Sanggar ne adalah bahasa Bugis yang bermaksud 'pisang'.
Kalau berjumpa sesama koloni, bukan sanggar disebut tetapi 'sanggarak'. Cuba sebut sambil tekankan huruf K? Dapat? Bolehlah tu. Asal ada bunyinya. :P
Sanggar bemaksud pisang, pappek pula bermaksud pukul. Jadi, bila tukar ke bahasa Melayu, pisang pukul! Pelik tapi benar. Pisang tersebut harus dipukul dahulu sebelum menjadi hidangan sebenar. Penasaran untuk tahu kenapa pisang ini dipukul? Jom kita belajar cara-cara membuatnya.
Bahan-bahan:
Pisang Saba/Pisang Kepok (Muda)
Air
Garam
Minyak (untuk menggoreng)
Ini dia rupa pisang saba.
Mak saya kata, pisang ne hanya ada dekat sabah.
Dan saya juga pernah cari dekat sini tapi tidak jumpa.
Benar atau tidak? Nanti kita terjah! :)
Cara menyediakannya:
Kupas pisang dan rendamkan dalam bekas yang berisi air dan garam.
Panaskan minyak dan goreng pisang sehingga sedikit garing. |
Angkat pisang dan tumbuk menggunakan lesung batu sehingga leper. (Alas guna plastik) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here