Sabtu, 20 Oktober 2012

Nasi Kuning

Mari singgah sebentar ke Sabah, Tanah Airku! :)


Sejuk ja tengok warna bendera Sabah ne kan. Yang bentuk gunung tu adalah Gunung Kinabalu, Gunung tertinggi di Asia Tenggara. Cuba pula anda lihat peta di bawah ne.




Saya bukan mahu mengajar subjek Geografi ataupun memperkenalkan tempat-tempat yang menarik untuk berbulan madu! Al maklumlah, ramai kawan-kawan saya yang bakal mengakhiri zaman bujang mereka tidak lama lagi. Tahniah! :D

Saya mahu anda melihat bahagian-bahagian dalam Sabah ne. Tujuannya adalah untuk memberitahu yang seluruh penduduk di muka bumi Sabah meminati 'Nasi Kuning' sebagai hidangan ketika sarapan. Hidangan yang tiada tolok bandingnya dan digemari semua lapisan umur.




Nasi Kuning merupakan menu pilihan utama ketika bersarapan. Nasi kuning diibaratkan seperti nasi lemak. Jikalau masyarakat di Semenanjung memilih nasi lemak sebagai hidangan permulaan harian mereka, kami di Sabah memilih nasi kuning kerana rasanya yang sedap dan aromanya yang wangi. Tapi bukan waktu sarapan saja ia dimakan, waktu lain pun boleh. :)








Apa kata anda buat sendiri di rumah untuk tahu sejauh mana kebenaran kata-kata saya mengenai keenakkan Nasi kuning ne. :)


Bahan-bahan:

5 cawan (cawan periuk nasi elektrik)  Beras Wangi
2 batang  Serai
3 cm  Halia
1 sudu  Serbuk Kunyit
1 sudu besar  Serbuk Pati Ayam
500 ml  Santan


Cara membuat:

1. Cuci beras dan toskan. Panaskan periuk pengukus.
2. Masukkan santan dan kesemua bahan kecuali beras 
ke dalam kuali dan masak hingga mendidih. (api perlahan)
3. Masukkan beras dan kacau hingga beras mengembang.
4. Pindahkan beras ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus sehingga nasi masak. (10-15 minit)
6. Boleh dihidangkan dengan Ikan Kayu/Ayam Masak Merah.


Mudah saja kan? Ayuh kita ke dapur dan masak untuk insan dan keluarga tersayang. :)


Nasi Kuning Klasik! 
(Dibungkus menggunakan daun pisang)




Nantikan resepi Ikan Kayu / 
Ayam Masak Merah! :D





2 ulasan:

  1. i love nasi kuning..teringat pula masa belajar di sarawak dulu..tiada pun nasi kuning..balik sabah baru dapat makan,huhu..

    BalasPadam
  2. well, bukan orang sabah kalau tidak suka nasi kuning kan? :) em, di semenanjung ne pun tiada nasi kuning melainkan buat sendiri. tapi ntah jadi ntah tidak. belum lagi pandai. pandai makan jak :D

    BalasPadam

say something here