Pernah makan Nasi Ayam Claypot? Bagaimana? Sedap? Puas Hati dengan kualiti dan kuantiti hidangannya? Apa kata kita buat sendiri. Lagi sedap, terjamin kebersihannya dan boleh tambah pelbagai bahan lain mengikut citarasa sendiri. :)
Kelas amali masakan VEF3056 (Penyediaan Makanan Timur) kali kedua ini menyajikan pelbagai jenis resipi makanan berasaskan "Nasi". Seperti sedia maklum, kumpulan kami telah mendapat menu Nasi Ayam Claypot. Mari kita belajar cara membuatnya.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 2 orang)
Beras 300gm
Paha/Isi Ayam 500gm
Serbuk Pati Ayam 50gm
Cendawan Shitake 20gm
Ikan Masin Jeruk Tenggiri 25gm
Bahan-bahan Perap:
Halia Muda 20gm
Kicap Cair 20ml
Sos Tiram 20ml
Soya Sauce 10ml
Kicap Pekat 10ml
Minyak Bijan 10ml
Serbuk Lada Sulah 10gm
Gula 20gm
Tepung Jagung 20gm
Bahan Hiasan:
Daun Bawang 40gm
Cili Hijau 15gm
Cili Merah 15gm
Bawang Goreng 20gm
Lobak Merah 100gm
Cili Padi 20gm
Telur 2 Biji
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan paha ayam dan potong kepada bahagian-bahagian kecil. Potong bersama-sama tulangnya.
2. Rebus tulang ayam dari bahagian dada untuk dijadikan stok. Masukkan sekali serbuk pati ayam.
2. Rendam cendawan dshitake dalam air panas sehingga kembang kemudian potong kepada dua bahagian.
3. Potong Isi ikan masin nipis-nipis dan goreng sehingga garing.
4. Hiris semua bahan hiasan.
5. Gaulkan ayam dan cendawan dengan bahan-bahan perap dan ketepikan selama 30 minit.
6. Panaskan mangkuk tanah liat dan masukkan beras diikuti air rebusan ayam, tutup dan jerang sehingga mendidih.
7. Masukkan ayam dan cendawan yang diperap tadi ke dalam mangkuk tanah liat. Tutup semula mangkuk dengan api yang kecil sehingga nasi masak dan daging ayam empuk.
8. Masukkan telur dan masak beberapa minit lagi kemudian padamkan api.
9. Hias dengan isi ikan kering, hirisan daun bawang, cili merah dan hijau, lobak merah dan bawang goreng ke atas nasi.
Tadaaa! Nasi Ayam Claypot kumpulan kami. :)
Selamat Memasak... :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here