Jumaat, 19 Oktober 2012

Kuih Lapis

Amali 3: Kuih Manis


Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian dan keunikan makanannya. Bila diajukan soalan kepada pengunjung asing mengenai perkara yang tidak dapat mereka lupakan di Malaysia, mereka akan berkata tentang budaya dan makanan kita, makanan yang sentiasa menjadi bualan di seluruh dunia. Mana tidaknya, makanan kita sememangnya unik hasil dari warisan pelbagai etnik dan kaum. Kami bangga menjadi anak Malaysia! :)


Seperti yang dijanjikan kelmarin, kami akan berkongsi pengalaman kami di kelas amali semalam. Banyak sangat telatah dan suka duka yang telah dilakar. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Ada yang terkurang, ada yang terlebih. Ada yang gembira, ada yang kurang gembira. Macam -macam ada. Berbanding kelas amali sebelum ne, amali semalam lebih happening. Ingin tahu kenapa dan bagaimana? Jom lanjutkan sesi membaca! :)



Muka-muka chef yang bersemangat masuk ke dapur!




Menu pertama kami ialah Kuih Lapis. Kuih lapis ne ada banyak jenis. Ada yang berwarna-warni dan pelbagai perisa mengikut citarasa dan kreativiti individu. Kami telah mendapat resepi untuk kuih manis ne seminggu lepas. Macam-macam la kami buat untuk tahu bagaimana proses menyediakannya. Siap tengok youtube dan bertanya dengan pakar! Bila tiba hari kejadian iaitu semalam, banyak pula masalah yang timbul. 

Dalam menyediakan kuih lapis ne, kami berdepan dengan masalah lambat masak. Kuih lapis yang kami buat mengambil masa yang agak lama, hampir 1 jam untuk mengukus. Tapi kuih lapis kami tetap lembut. Jadi kami mengambil keputusan untuk meletakkan kuih lapis tersebut di dalam mangkuk berisi ais. Menjadilah juga. Kuih lapis tu tidak seberapa lembut berbanding sebelum ne. dan sehingga hari ne, kami masih mencari tahu apa puncanya. Agak-agak, ada yang tahu kenapa kuih lapis jadi macam tu? Merajuk kali kan? :p

Mari kita lihat bagaimana kami membuatnya.


Bahan-bahan:

215 gm  Tepung Gandum
60 gm  Tepung Ubi
875 gm  Santan
250 gm  Gula Pasir
Garam
Pewarna Merah (Kordial Rose)


Cara membuat:

1. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan garam.
2. Kacau gula dan santan sehingga gula larut sepenuhnya.
3. Buatkan lubang di bahagian tengah tepung. Masukkan campuran 
santan dan gula sedikit demi sedikit.
4. Kacau rata dengan senduk kayu sehingga sebati dan tidak bergentel.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (Satu bahagian dibiarkan putih 
dan satu lagi diwarnakan dengan pewarna merah)
6. Rehatkan adunan lebih kurang 10 minit.
7. Panaskan air kukusan sehingga mendidih. 
Letakkan talam di dalam periuk mengukus.
8. Masukkan sesenduk adunan putih, tutup pengukus dan 
biarkan selama 3 minit atau separa masak.
9. Ulangi langkah 8 dengan menggunakan adunan merah.
10. Ulangi langkah 8 dan 9 sehingga adunan habis.
11. Kukus selama 20 minit lagi. Setelah masak, sejukkan dan potong.


Tips:
"Sapukan minyak pada talam dan alas dengan plastik 
untuk memudahkan kita mengangkatnya nanti."



Ayak tepung.


Kacau gula dan santan hingga rata.


Panaskan pengukus.


Masukkan adunan putih dahulu.


Masukkan adunan merah dan seterusnya secara selang-seli.


Kami terpaksa sejukkan menggunakan 
kaedah ini kerana kesuntukkan masa.


Proses memotong. Cuba teka tangan siapa? :)


Akhirnya, dapat juga kami membuat kuih lapis walaupun perlukan sedikit penambahbaikan kerana teksturnya yang agak lembut. Kuih lapis kami ne dapat pujian dari pensyarah dan rakan-rakan lain ok! Mereka kata sedap! :)



Inilah hasilnya. Jangan nilai luaran tapi nilailah rasanya. 
Sedap! :D



Tetap bersemangat walaupun dekat 6 jam berdiri dalam dapur! 
Comel kan yang pakai tudung pink tu. 
Dialah pensyarah kami, Puan Saedahtinnur. Love you all! :)




Menu seterusnya bakal menyusul. Tunggu!




Selapis untuk kamu, 
selapis untuk saya... :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here