Tahukah anda jenis makanan yang anda ambil dalam kehidupan sehari-harian?
Adakah anda seorang yang prihatin terhadap tahap kesihatan anda?
Adakah anda mengamalkan gaya pemakanan yang sihat mengikut diet seimbang yang disyorkan oleh pakar pemakanan?
Mari kita pelajari serba sedikit mengenai makanan berasid dan makanan beralkali serta kesan pengambilannya pada tubuh badan kita.
Gambar di atas menunjukkan carta pH dalam makanan. Skala 1-6 menunjukkan skala makanan berasid, skala 7 adalah makanan yang neutral ataupun semulajadi manakala skala 8-14 menunjukkan skala makanan yang beralkali. Kita digalakkan mengambil makanan yang berskala 7 dan ke atas kerana makanan yang beralkali memberi kita lebih banyak manfaat dari segi kesihatan, kecergasan minda dan tubuh badan kita.
Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.
Bayangkan badan kita adalah seperti sebuah kereta. Sekiranya kita tidak pernah menukar minyak ataupun melakukan penyelenggaraan berkala, kereta akan mudah rosak. Begitu juga dengan badan kita. Apabila kita asyik makan makanan yang berasid, minum air yang tidak berkhasiat, tinggal dalam kawasan yang tercemar dan tidak melakukan senaman, badan akan terdedah kepada bahaya seperti kereta tadi.
Tentu ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar dan ada juga tidak tahu langsung untuk membezakan makanan yang berasid dan makanan beralkali. Di sini, saya tunjukkan carta dan jadual yang amat berguna untuk kita jadikan panduan pengambilan makanan dalam kehidupan sehari-harian kita.
Anda boleh muat turun carta dan jadual ini, perbesarkan dan simpan sebagai panduan.
Kebanyakan pakar-pakar pemakanan mengesyorkan kita untuk mengambil makanan yang beralkali sebanyak 80% dan makanan berasid sebanyak 20%. Sekiranya kita mengekalkan diet ini, badan kita akan lebih bertenaga pada sepanjang masa dan peluang untuk mengekalkan keseimbangan nilai pH alkali dalam badan adalah tinggi.
Sekarang, anda sudah boleh membuat pilihan yang bijak dalam memilih makanan yang beralkali dan makanan berasid. Banyakkan meminum air masak ataupun air mineral semulajadi kerana ia boleh membantu menjaga kesihatan anda. Mulai saat ini, pilihlah makanan yang berkhasiat untuk diri anda dan keluarga anda untuk menjamin masa depan yang bahagia. Anda adalah apa yang anda makan.
Utamakan Kesihatan Anda... :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here