Ahad, 14 Oktober 2012

Nasi Ayam Claypot

Amali 2: Makanan Berasaskan Nasi


















Nasi! Makanan ruji rakyat Malaysia yang tidak pernah menghampakan perut kita. Sentiasa mengenyangkan dan memberikan tenaga, alhamdulillah. Bila ditanya tentang menu kegemaran, pasti ramai antara kita yang memikirkan pelbagai jenis resipi yang lazat kerana nasi boleh divariasikan dengan pelbagai bahan dan kaedah memasak. Antara menu popular yang berasaskan nasi ialah Nasi Goreng Paprik, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Hujan Panas, Nasi Lalap, Nasi Ambeng, Nasi Ayam, Nasi Lemak, dan Bubur Nasi. :)

Dalam kelas amali kali ini, kumpulan kami telah mendapat menu Masakan Cina iaitu Nasi Ayam Claypot. Perkataan Claypot itu sendiri jelas menunjukkan nasi ditanak dalam Claypot. Claypot? Apa itu Claypot? Mari kita lihat bagaimana rupanya Claypot ne.




Claypot / Periuk Tanah Liat



Ini dia perkakas yang bernama Claypot. Dia pun ada dua telinga kat tepi kiri dan kanan. Tapi kena berhati-hati sewaktu menggunakannya kerana benda alah ne sangat panas pada seluruh badannya. Nama pun tanah liat, sudah tentu pengalir haba yang baik.




Ingin tahu bagaimana cara menyediakan Nasi Ayam Claypot???





Tunggu... ;D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here