Tanpa menu ini, burasak tidak akan pernah lengkap. Macam makan sayur tanpa garam, tawar dan tidak sedap! Jadi, wajib ada untuk saling melengkapi di pagi lebaran. Kalau di Semenanjung, mereka panggil 'Ayam Masak Likku' tapi di Sabah, kami panggil "Ayam Masak Lengkuas'. Kedua-dua hidangan burasak dan ayam masak lengkuas ni amat mencabar ketahanan fizikal dan kesabaran mental. Tapi hasilnya, 'Marvelous'! Mari kita tengok macam mana cara penyediaanya.
Bahan-bahan:
Ayam 1 Ekor
Santan Kelapa 1/2 kg
Kerisik Kelapa 1/2 biji
Kunyit serbuk secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk dihiris:
Lengkuas 250 gram
Serai 15 Batang
Bahan-bahan untuk dikisar:
Halia 2 inci
Bawang Merah 6 ulas
Bawang Putih 1 labu
Cara membuatnya:
- Panaskan santan kelapa pekat hingga naik minyak dalam api yang perlahan, selepas itu masukkan serbuk kunyit dan bahan yang dihiris lalu gaulkan sebati hingga naik wangi dan berminyak.
- Masukkan ayam yang telah dipotong dan gaulkannya sehingga separa kering. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan gaulkannya sehingga ayam masak.
- Masak sehingga semua air dalam kuali kering.
Selamat Mencuba! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here