Isnin, 12 November 2012

Cik Pasta Encik Makaroni









Itu dia pemilik entri hari ini. Comey, kan?!! :)

Entri hari ini bukanlah ingin bercerita tentang fesyen rambut budak-budak. Perasan tidak rambut mereka gaya apa? Kerinting kan? Boleh bayang tidak apa yang saya bayangkan? Hahaha. :D

Bukan kutuk, bukan herdik, cuma ingin bergurau-senda saja. Budak-budak ni tidak bersalah. Malah mendoakan agar dapat anak-anak yang comel-comel macam ni. Amin! :)

Sebenarnya ingin berkongsi cerita cik pasta dan encik makaroni kita ne.





Masih ramai antara kita yang terkeliru asal-usul dan keturunan mereka ni. Siapa ibu, siapa anak. Siapa ketua, siapa anak buah.

Pasta ka? Makaroni ka?
atau Spageti ka yang paling atas dalam carta organisasi? :)

Mee ataupun Noodle adalah ketua segala mee yang ada di dunia ini termasuklah pasta dan makaroni. Oleh itu, pasta adalah sejenis mee dan makaroni pula adalah sejenis pasta.

Jadi, jangan asyik bandingkan pasta dan makaroni ya. Mee mempunyai pelbagai jenis yang makin hari makin divariasikan. Mee yang asli adalah mee yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan air.

Mee mula dihasilkan oleh masyarakat China sejak ribuan tahun dahulu. Mee kemudiannya mengalami perkembangan. Dari China, ia mula dihasilkan di beberapa buah negara lain termasuklah Itali, yang mengolahnya menjadi 'Pasta'. Pasta pula terdiri daripada pelbagai jenis dan pelbagai bentuk. Di Korea, mee disebut Guksu dan Ramen adalah sejenis mee segera.

Dalam negara kita sendiri pun mempunyai pelbagai jenis mee. Ada mee sanggul, bihun dan kuay teow. Di Sabah, pelbagai jenis mee yang tidak terdapat di Semenanjung. Namanya pun ada pelbagai. Ada mee bulat, mee kasar, mee papan, mee basah dan bihun. Aik, bihun ada di semua tempat kan, tidak berkecuali. :)

Mari kita lihat gambar-gambar mee di bawah.








































Mee Segera! Paling mantap antara semua mee... :)




Pasta adalah Mee. 
Makaroni adalah Pasta! :D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here