Sambutan Deepavali semakin meriah ditambah pula dengan dentuman bunga api yang berwarna-warni menerangi angkasa kita. Di sana sini kedengaran 'boom kebaboom'!
Sambil-sambil mendengar bunyi bunga api tu, apa kata kita pergi ke dapur dan masak satu lagi menu orang India yang boleh dihidangankan kepada tetamu kita untuk makan malam sempena Hari Deepavali ni? Tidak semestinya mereka yang berbangsa hindu saja yang boleh meraikan Hari Deepavali. Kita sebagai rakyat yang majmuk, berbilang bangsa, kaum dan adat boleh meraihkannya. 1Malaysia la katakan. :)
Menu tersebut adalah Kari Udang Masala. Mudah, ringkas dan cepat.
Bahan-bahan:
1 cawan Udang harimau (kupas dan bersihkan)
2 cawan Kelapa parut
½ cawan Cili merah
½ cawan Ketumbar
1 sudu kecil Biji jintan putih
1 sudu kecil Serbuk kunyit
2 sudu besar Air asam jawa
2 Ulas Bawang putih (cincang)
2 biji Cili hijau (hiris)
1 biji Bawang merah (cincang)
1 biji Tomato (potong)
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar Minyak sayuran (untuk menumis)
Cara membuatnya:
1. Perap udang dengan garam.
4. Tumis bawang putih dan bawang merah dalam kuali diikuti dengan tomato dan cili.
5. Masukkan lebihan air asam jawa ke dalam kuali.
*Hidangkan bersama-sama dengan nasi panas*
Selamat bercuti dan selamat menjamu selera! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here