Sabtu, 17 November 2012

Putih Yang Berkhasiat




Comel kan? Agak-agaknya apa benda ni? Kapur? Gebunya kapur anda. :)

Ini adalah Marshmallow. Makanan kegemaran kanak-kanak dan orang dewasa. Anda bagaimana? Saya? Hanya makan bila jumpa packaging yang halal. Layan juga sekali-sekala. Sedap. Nyum nyum...

Entri hari ini ingin berkongsi sedikit info mengenai makanan yang  berwarna putih. Warnanya memang putih tetapi bukan bererti ia tidak memiliki apa-apa kelebihan. Berikut adalah makanan-makanan yang berwarna putih yang ternyata mempunyai khasiat yang lebih baik berbanding makanan lain yang berwarna-warni.






Bawang Putih




Siapa yang tidak kenal dengan bahan dapur ini. Sudah di pakai dari zaman nenek moyang lagi. Bawang putih mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan kita. Kajian dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa putih dapat meningkatkan produksi hydrogen sulfide dalam tubuh badan kita. Zat ini berfungsi menenangkan pembuluh darah, melancarkan aliran darah dan mencegah penyumbatan.






Tauhu




Tauhu mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan kita. Sejumlah kajian menunjukkan kadar LDL (kolesterol serius) pada penderita kolesterol tinggi akan berkurangan sebanyak 20 peratus setelah mereka mengambil tauhu  selama 12 bulan berturut-turut. Lebih baik jikalau dikombinasikan dengan memakan kacang almond / badam serta oat.






Lobak Putih




Berbanding lobak merah yang rasanya manis, lobak putih mempunyai rasa yang sedikit pedas dan baunya yang menyengat. Ini membuatkan sayur ini jarang dijadikan favorite. Namun kandungan glikosida di dalamnya dapat menyembuhkan rasa sakit di perut dan juga mengatasi insomnia. Sekiranya diambil secara rutin, ia dapat mencerahkan kulit kerana vitamin C yang ada di dalam lobak putih sangat berkhasiat sebagai antioksidan dan berperanan mengeluarkan melanin dan zat pigmen dalam kulit.






Tauge




Tauge merupakan sayuran yang mudah didapati dan harganya lebih murah berbanding sayuran lain. Tauge memiliki kalium yang tinggi dan baik untuk kesihatan jantung. Selain itu, tauge juga mengandungi estrogen yang baik untuk menjaga kepadatan dan kekuatan tulang. Kandungan vitamin E yang terdapat dalam tauge juga baik untuk kesihatan kulit anda.






Cendawan Champignon



Teringat pula dengan permainan Super Mario! :)


Bagi yang tidak mengetahui, cendawan champignon adalah cendawan butang. Selain enak di makan, sumber protein yang satu ini juga tinggi dengan vitamin B dan D. Ia juga mengandungi sodium, potassium, asam linoleat dan antioksidan. Kajian di City Hope National Medical Center, California AS juga menemukan bahawa cendawan butang ini mampu mengurangkan risiko kanser payudara. Selain itu, cendawan butang ini mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.






Durian Belanda




Buah ini juga dipanggil anona muricata inn. Ia mengandungi karbohdirat, vitamin C, B1 dan B2 yang cukup banyak. Ia juga baik untuk mencegah penuaan. Menurut kajian Health Science Institute di Amerika Syarikat, durian belanda dapat membantu melawan pertumbuhan sel kanser dalam badan.






Bawang Bombay




Bawang ini sering dihindari kerana kononya boleh membuat bau badan. Walau apapun bawang bombay ternyata mempunyai khasiat. Selain dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan meningkatkan kadar kolesterol baik, bawang bombay merupakan sumber quercetin, salah satu jenis antioksidan yang dipercayai dapat memerangi penyakit Alzheimer. Cara penyimpanan yang disarankan adalah simpan bawang bombay yang belum dikupas di tempat dingin dan gelap agar vitaminnya tidak mudah rosak.






Sawi Putih



perasan atau tidak, inilah sayur yang digunakan untuk membuat kimchi
sayur jeruk orang Korea. :)


Sayur ini mengandungi senyawa glukosinolat yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser serta menjinakkan sel-sel kanser abnormal. Namun kandungan glukosinolat ini boleh meningkat dan menurun bergantung kepada proses pengolahan. Yang terbaik adalah dengan menumis atau mengukusnya. Hindari dari memasak dengan merebusnya kerana glukosinolat mudah larut dalam air. 






Susu




Susu! Minuman kegemaran ramai orang termasuk saya sendiri. Saya mewajibkan diri saya untuk mengambil dua gelas susu setiap hari kerana ia bagus untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Anda pula? :)

Susu dikenali sebagai pelengkap makanan. Ia memiliki segudang nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Selain kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi, susu juga mengandungi fostor, zink, vitamin A, vitamin D, vitamin B12, dan asam amino. Bagi yang sedang berdiet, cubalah susu rendah lemak kerana dapat membantu proses penurunan berat badan dan menambah otot.




Makan makanan yang sihat untuk sentiasa sihat.




Selamat menyihatkan diri! :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here