Minuman berais menyebabkan perut kita buncit???
Oh, TIDAK?!
Minuman berais dan sejuk telah menjadi kegemaran hampir seluruh penghuni muka bumi kerana ia mampu menghilangkan dahaga pada cuaca panas dan kelazatannya yang tiada tolok banding walaupun hanya segelas ais kosong.
Namun, banyak khabar angin yang menyatakan bahawa minuman berais mampu menyebabkan perut kita menjadi buncit! Adakah dakwaan ini benar? Fakta atau auta?
=
Menurut sebuah majalah kesihatan, minuman berais dan sejuk sebenarnya tidak akan menyebabkan perut kita menjadi buncit.
Sebaliknya, makanan yang tinggi kalori dan tabiat kurang bersenam akan menyebabkan lemak mudah berkumpul di bahagian perut dan pinggang. Begitu juga dengan minuman sejuk yang tinggi kalori seperti sirap, teh ais dan ais kacang. Ia bukan sahaja akan membuatkan ukuran pinggang kita makin bertambah, bahkan minuman tinggi kalori ini tidak baik untuk kesihatan sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Oleh sebab itu, pengambilan minuman dan makanan hendaklah seimbang dan mengikut kadar kalori yang badan kita perlukan. Pastikan bakar semula setiap kalori tersebut melalui kaedah senaman yang paling asas dan mudah iaitu berlari kecil @ joging! Mudah? Mungkin ada antara anda para pembaca yang tersedak melihat ayat "bersenam adalah mudah" kerana secara jujurnya, masih ramai yang menganggap senaman adalah perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Yang penting, minuman berais tidak akan menyebabkan perut kita buncit tetapi ada had dan caranya. Jadi, fikirkan dan renungkanlah demi kesihatan badan kita.
Run for your health...! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here