Rabu, 7 November 2012

sambal udang tanpa petai


hi semua,

kalau semalam kita dah buat manisan tapai, hari ini pula nak masak sambal. puas da seminggu makan daging saja, berat dah naik oiii. hahaha

daging bagus tapi tak boleh nak makan selalu kan! jadi kali ini kita akan masak sambal udang pula. 
udang dikategorikan sebagai hidupan laut atau dalam bahasa famous nya ialah seafood. 

*maaf gambar tak clear*


Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karangketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

itu ialah serba sedikit tentang udang. masak, masak juga , kadang-kadang info tentang bahan makanan ni kita kena lah tahu juga. :)

mari mulakan >


menu : sambal udang




bahan-bahan
  • 2 ulas bawang putih  [bagi naik bau n rasa aja]
  • 2 biji bawang besa [ hiris ]
  • udang [ikut pada berapa orang yg makan] ,buang kepala + ekor + perut di belakang badan
  • cili giling [ cili kering yg sudah di kisar]
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa jua
  • monosodium glutamate sedikit aja,kasi penambah rasa.
  • daun bawang sbg penyeri/hiasan .
  • cili padi kisar [ bagi yang suka pedas ]


langkah penyediaan
  • kisar bawang besar sampai hancur. bagi yg tak suka blander tak payah la,biarkan aje hirisan bawang tu begitu. nak cantik,hiris bawang besar tuh bentuk bulat-bulat.
  • kemudian panaskan kuali + minyak jua. [org cakap kalau masak sambal minyak banyak sedap,tapi fara tak suka, kolestrol lebih nanti] so, depends.
  • agak-agak bila minyak dah panas,masukkan hirisan bawang putih dan tumis sampai naik bau.
  • apabila da naik bau,masukkan bawang besar yg telah di kisar bersama cili giling tadi. 
  • goreng semua bahan-bahan tadi sehingga cili benar-benar masak. [kalau cili tak masak,boleh sakit perut tahu]
  • masukkan jua cili padi kisar tadi. [sapa yang suka pedas la]
  • sementara menunggu cili masak, masukkan garam+gula+monosodium glutamate secukup rasa. kalau nak masukkan rencah sesedap rasa pun boleh jua.
  • masukkan pula udang dan masak sehingga benar-benar masak. [ ada sesetengah orang akan goreng dahulu udang tu sebelum dimasak sambal,fara tak suka cara begitu,byk kali masak leceh] terpulang*
  • kemudian apabila da masak,boleh la dihidangkan. hiaskan dengan daun bawang tadi.


bagi sesiapa yang gemarkan petai,boleh la campurkan dengan petai. fara macam biasalah TAK SUKA. ngee~


mudahkan? siapa kata masak susah? cempak saja lah!


selamat mencuba.


xoxo
|fara ara|

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here