Rabu, 7 November 2012

mari sedut siput *GULAI LEMAK CILI API SIPUT SEDUT*

hi.
fara kembali untuk entri seterusnya. kali ini nak cerita pasal menu favoutite  yang menjadi santapan wajib ketika berbuka puasa. hampir setiap minggu menu ini pasti ada di dalam list masakan yang wajib dimasak oleh fara.

siput boleh makan ke?




info::
Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, siput mata merah merupakan sejenis Kerang-kerangan siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Nama sainsnya adalah Cerithidea obtusa.


mari mula memasak yuk!

RESIPI GULAI LEMAK CILI API SIPUT SEDUT



bahan-bahan

*sila gunaka mangkuk yang sama saiz*

1 mangkuk siput sedut



1 1/2 mangkuk santan cair
1/2 mangkuk santan pekat


10 batang cili api *bergantung pada pedas yang diingini*
10 batang cili padi


2 inci kunyit hidup

1 batang serai - ketuk

1 helai daun kunyit - simpulkan


beberapa batang sulur keladi dipotong kecil-kecil *boleh gantikan sulur keladi dengan kulit pisang juga*


Cara²
1. siput sedut direndam, diberus dan cuci 3-4 kali hingga bersih. Kemudian buangkan bahagian bawahnya. Cara mudah, buangkan pada paras pangsa ke 3 dari bawah bahagian siput sedut dengan gunting ikan atau fara takda gunting jadi guna playar aja, asalkan boleh. Dengan cara ini siput sedut masih banyak isi dan mudah disedut.selepas di buang bahagian badan, cuci lagi sekali untuk menapis sisa lumpur yang tertinggal.

2. blend cili api dan kunyit hidup. 

3. masukkan bahan yang di blend bersama santan cair, serai dan daun kunyit yang disimpul kedalam periuk. Kacau selalu hingga merenih. 
4. masukkan juga sulur keladi yang telah dipotong kecil.
5. Bila telah merenih, masukkan siput sedut, kacau rata.
6. masukkan sekali santan pekat. kacau hingga mendidih.
7. perasakan dengan garam dan perasa @ sedikit gula (hujung-hujung sudu).
8. matikan api dan sedia dinikmati. 



hasilnya


selamat mencuba.

:)




xoxo
|fara ara|


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here