Rabu, 14 November 2012

Kelapa Dan Kuasanya




Saban hari kita menggunakannya. Tidak berlemak tanpa santannya, kurang enak jika tiada kerisiknya. Bahan 'mesti ada' di dapur ini bukan sahaja amat berguna dalam masakan tetapi khasiat yang tersembunyi di sebaliknya memberi hasil yang amat bermakna dari perspektif kecantikan.

Kelapa atau nama saintifiknya cocos nucifera juga dikenali sebagai nyiur merupakan spesis tunggal yang dikelaskan dalam jenis cocos dan merupakan pokok palma yang besar. Lazimnya, kelapa banyak ditanam dikawasan beriklim tropika dan menurut kajian ia dapat ditemui di lenih 80 buah negara. Dengan jolokan a tree of life, terbukti sepohon kelapa membawa 1001 makna dalam kehidupan baik dari segi kesihatan dan kecantikkan.




Daripada buah hinggalah ke minyak, hampas dan air, semuanya ada khasiat yang mampu mencantikkan tubuh anda dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.




Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada kelapa ialah:

1. Santan - memutihkan kulit dan melembutkan rambut.

2. Air Kelapa - hilangkan jerawat, serikan wajah, haluskan telapak kaki, 
hapuskan kesan jerawat dan hindari uban.

3. Minyak kelapa - rambut sihat berkilat dan hindari rambut kering.

4. Hampas kelapa - hilangkan daki dan lembutkan tangan.




Minum air kelapa muda + ais pada waktu matahari terik memang menyamankan. 
Hilang semua penat dan dahaga. Perghhh....




Jom cari air kelapa muda! :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here