Rabu, 7 November 2012

milo. hak bermain hak kami.



kejadian pada jumaat minggu lepas banyak membangkitkan kisah silam berkaitan dengan minum yang disukai ramai ini.

hai semua!
kali ni fara bukan nak cerita pasal cara untuk buat MILO tapi sedikit kisah zaman kanak-kanak fara yang berkaitan dengan MILO dan lorinya :)





kali ni fara nak post entri berkisar pada zaman sekolah fara pula. mesti pelik kan apa kena mengena milo dengan zaman sekolah fara pula? ha takkan lupa kot. part paling best ketika sekolah dulu bila MILO datang la....

masih fara ingat lagi sewaktu zaman persekolahan duhulu MILO pasti akan muncul tatkala waktu selepas rehat,iaitu waktu tengahari. kebetulan kelas fara pula berada betul-betul berhadapan dengan pagar utama sekolah,jadi bila nampak aja lori MILO sampai,kami satu kelas akan bersorak kegembiraan. terus aja beratur di luar kelas. excited sangat kan? aha budak-budak memang begitu.

jadi apa lagi setelah beratur tuh,kami akan berjalan beramai-ramai dalan keadaan seperti seekor ulat gonggok [betol tak ejaan? aha..] ke arah lori MILO tuh. dan fara adalah salah seorang daripada mereka yang akan melompat-lompat kegembiraan. banyak sebab fara melompat tau!


:: fara tak payah belajar

:: dapat milo free

::boleh melepak lama-lama

kami ni boleh dikatakan geng-geng yang agak pandai lah jua waktu dan ketika tuh. kenapa fara cakap cmni? yela macam yang kamu semua tahu, MILO percuma tuh cuma dapat satu sorang aje, TAK BOLEH minta lebih tau! 1 cawan mana nak puas,tekak pon tak rasa MILO. jadi,apa lagi geng yang diketuai oleh fara pon mula menjalankan tugas masing-masing. kami akan berpecah sesama sendiri dan kembali beratur untuk mengambil MILO percuma ini lagi. adil tak begitu? ahah...bijak! 

**info
- dulu fara memang ketua jua lah bagi geng budak sekolah aku zaman tuh. sebab apa? sebab fara saja anak cikgu sekolah tuh yang bole dikategori nakal yang amat berbanding anak-anak cikgu lain yang amat pasif ketika itu. apa? ingat perempuan tak boleh jadi LEADER ke? kecil-kecil fara ni banyak guna w0o. :)

sambung pada cerita tadi,kami beratur lah balik secara berseorangan menumpang kelas-kelas lain yang nak beratur pada ketika tuh. selalu kami akan beratur di dalam barisan kelas junior. yela,junior tak kan berani tegur kami lah. [kejam ke kami?] taaakkkk!!! :)

selalunya, had kami beratur adalah 3 kali aja paling habis kuat pun. mana boleh banyak kali lah,nanti kantoi payah. tapi ada jua lah antara kami yang kantoi. fara sebagai ketua tak beratur pun. kenapa? yela,semua cikgu kenal sama fara. kalau beratur nanti kantoi lah. fara tak kisah pun tak dapat beratur sebab fara tahu, pihak MILO tuh pasti akan bekalkan MILO kepada golongan cikgu-cikgu sekolah. jadi,buat apa fara nak susah payah beratur? fara pergi je ke BILIK GURU then cakap je " mama,nak MILO....!!!!"nah amik, 1 botol besar mama akan bagi kat fara. tak ke senyum sampai ke gigi? tapi,fara tak penah lupa kawan lah. fara pasti akan bagi geng fara jua MILO tuh. sharing is caring lah.

itulah kelebihan anak cikgu. fara boleh dikatakan banyak pengaruh jua lah ketika itu. semua mahu kawan dengan fara. HEBAT kan? aha...zaman budak-budak boleh la. sekarang tidak lagi.

sehingga kini,semua peristiwa tuh pasti dalam ingatan fara. sampaikan sekarang fara masih lagi tertanya-tertanya, ada lagi tak MILO tuh datang ke sekolah lagi? baik hati sungguh MILO tuh kan? ouh bukan MILO tapi pihak MILO.


TAGLINE MILO

zaman dulu
"minum MILO badan jadi sihat dan kuat"

zaman sekarang
"hak bermain hak kami"


:)

*fara sangat rindu kan zaman sekolah*


terima kasih membaca

xoxo
|fara ara|

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here