Amali 4: Kuih Savouri
Jikalau amali sebelum ini kami telah menyediakan kuih-kuih manis, amali pada kali ini pula adalah kuih-muih savouri.
Apa itu savouri???
"Savouri adalah makanan yang bergaram atau pedas
dan tiada unsur manis. Savouri biasanya menjadi hidangan pembuka selera
seperti hors d'oeuvre dan hidangan pencuci mulut."
~ Talam Berlauk ~
~ Cara Berlauk ~
~ Kebab Ayam ~
~ Mini Burger ~
Setelah melalui proses undian, kumpulan kami telah mendapat menu Karipap Pusing dan Vadai. Pada entri kali ini, kami ingin bercerita mengenai pengalaman kami membuat karipap pusing dan berkongsi resipi serta cara menyediakannya.
Karipap pusing memerlukan beberapa teknik yang sedikit rumit berbanding karipap biasa. Karipap pusing memerlukan 2 jenis doh agar kelihatan berlapis-lapis.
Ini merupakan pengalaman pertama kami menyediakan karipap pusing kerana selama ini kami hanya pernah membuat karipap biasa. Pelbagai imaginasi yang terbit dalam pemikiran kami termasuklah perasaan gemuruh dan takut sebelum masuk ke dapur. Namun, berbekalkan kecekalan dan semangat yang tinggi, kami tekad harungi apa saja halangan. Ceh, macam mahu pergi berperang pula. :)
Diawal pembikinan inti dan doh, tidak terdapat sebarang masalah. Tetapi, bila mula membentuk doh menjadi berlapis-lapis, bermulalah masalah.
Apabila terbiasa menggunakan acuan karipap, maka proses membuat kelim di tepi karipap secara manual amatlah sukar. Pelbagai corak jadinya. Ada yang besar, ada yang kecil, ada jadi untuk 3 langkah dan kemudian x jadi, dan ada pula yang x seragam. Macam-macam. ;p
acuan karipap
Walaupun hasilnya x seberapa cantik, namun kulitnya cukup ranggup dan intinya sedap. Mari lihat bagaimana membuatnya.
Bahan Inti:
300gm Kentang (kupas, cuci, potong dadu kecil, rendam)
1 tin Sardin (ambil isi sahaja)
1 biji Bawang besar (potong dadu)
2 ulas Bawang putih*
1/2 inci Halia* (*tumbuk lumat)
2 camca besar Sos tiram
5-6 helai Daun Kari (hiris halus)
2 camca besar Rempah kari
1 camca teh serbuk Lada hitam
1 camca teh Kicap cair
1 camca teh Gula
250ml Air
Bahan Pastri:
Pastri A
260gm Tepung gandum
50gm Marjerin
20gm Gula
1/4 camca teh Garam
140ml Air (ikut kelembutan doh)
Pastri B
180gm Tepung gandum
80gm Lemak sayur (shortening)
Cara membuatnya:
1. Untuk inti: Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum. Masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan isi ikan sardin dan kentang.
2. Tuang air dan masak hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan sejukkan.
3. Untuk Pastri: Satukan semua bahan pastri A kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit (ikut kelembutan doh) sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan.
4. Satukan bahan pastri B dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh A dan B selama 20 minit. Kemudian bagi dua sama besar setiap doh. Bulat-bulatkan. Ambil 1 bahagian doh A, leperkan sedikit dan letakkan doh B di atasnya, balut hingga menutupi doh B tadi.
5. Canai doh membentuk 4 segi, buat lipatan, canai lagi hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi seperti swiss roll.
6. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3 mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat sehingga habis.
7. Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api yang sederhana sahaja. Selepas goreng, letakkan atas kertas penyerap minyak untuk menyerap minyak.
sumber dari Google
sumber dari Google
hasil tangan kami
orang muda baru belajar
Begitulah hasilnya. Walaupun tidak seberapa menjadi, tapi tekstur dan rasanya tetap uhmm! rangup you! :p
Untuk resepi kedua iaitu Vadai, tunggu entri seterusnya ya.
Selamat berpusing! ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here