Sabtu, 15 Disember 2012

Chicken Coconut Tomyam (Tom Khai Gai)


Amali 8: Set Masakan Thai


Menu seterusnya ialah 'chicken coconut tomyam (tom khai gai)'. Bila sebut tentang tomyam, tentu teringat negara Thailand, negara jiran yang mempopularkan hidangan tersebut. Secara peribadi, saya pernah merasai pelbagai jenis tomyam namun setakat ini hanya satu saja yang mendapat tempat di hati. Saya menyukai tomyam yang disediakan di Restoran Dapur Siam, Tanjung Malim. Sungguh sedap! Tidak percaya, boleh cuba sendiri. :)




Menu 'chicken coconut tomyam (tom khai gai)' adalah tomyam yang berwarna putih berbanding tomyam yang biasa kita lihat yang berwarna merah. Bagi mereka yang biasa menyediakan tomyam, tentu kita semua sedia maklum yang penyediaannya amatlah mudah dan ringkas.

Sepanjang kami menyediakan hidangan ini, kami tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana semuanya menggunakan satu kaedah memasak sahaja iaitu merebus. Dalam bahasa pasar, semua bahan dicampak saja ke dalam periuk. :)

Apa yang membuatkan ia berwarna putih ialah penggunaan santan. Sama seperti tomyam biasa, tomyam ini juga menggunakan daun limau purut dan perahan limau sebagai asas kepada rasa tomyam.

Saya adalah insan yang paling gembira ketika menyediakan hidangan ini kerana amat mudah. Isi ayam yang dipotong dadu akan dimasak bersama-sama semua bahan dalam periuk berisi air. Ketika air sudah mendidih, barulah santan dimasukkan dan dimasak dalam beberapa minit lagi sebelum api dimatikan.

Rakan-rakan dan pensyarah yang merasainya memberi komen tentang rasanya. Menurut mereka, kami patut menambah sedikit lagi perahan air limau agar lebih masam. Menurut saya, saya juga merasakan hal yang sama. :p



*****************


Chicken Coconut Tomyan (Tom Khai Gai)

(porsi: 2 orang)

Bahan-bahan:

10 gm                  Daun limau purut
20 gm                  Serai
3 cm                     Lengkuas
3 cm                     Halia
5 gm                    Cili api merah thai
400 ml                  Santan
300 gm                Dada ayam
4 sudu besar       Sos ikan
2 sudu besar       Perahan limau nipis
15 gm                  Bawang merah
30 gm                  Batang daun ketumbar
30 gm                  Daun ketumbar
750 ml                 Air


Alatan yang digunakan:

Periuk
Sudip
Mangkuk
Landas cincang
Pisau


Proses memasak:

1. Masukkan daun limau purut dan serai bersama lengkuas, bawang, batang daun ketumbar, cili, halia, ayam dan juga air ke dalam periuk.
2. Tutup dan biarkan mendidih.
3. Reneh selama 5 minit.
4. Masukkan air limau, santan dan bahan-bahan perasa.
5. Masak hingga ayam menjadi putih, lebih kurang 3 minit.
6. Angkat dan taburkan daun ketumbar.


Menghias dan Menghidang:

1. Hiaskan dengan daun ketumbar.
2. Hidangkan dalam mangkuk sup.





Tomyam terbaik adalah 
buatan sendiri! :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here