Isnin, 24 Disember 2012

Makanan Untuk Otak


EXAM! EXAM! EXAM IS AROUND THE CORNER! ^_^



*Khas buat sahabat-sahabat VEF3056 Penyediaan Makanan Timur...*

Entri ini saya nukilkan khas buat sahabat-sahabat saya dan juga semua pembaca yang sedang berperang dengan nota-nota untuk peperiksaan terakhir. 
"Bebudak 'Masakan Timur', telaah tu telaah juga, pemakanan harus dijaga. So, please take note. Okay everyone!" :) 

Dalam pemakanan, zat dan nutrien yang diambil adalah amat penting. Bagi mereka yang sering menggunakan minda sebagai sumber utama untuk mencari rezeki, saya amat menggalakan untuk memberikan tumpuan kepada makanan yang mampu membantu daya ingatan kita. Saya percaya ramai di kalangan kita yang sering lupa tentang perkara-perkara penting sehingga ia mengganggu rutin harian? Tentu anda ingin tahu makanan tertentu yang boleh bantu tingkat pertumbuhan memori ingatan dan memperbaiki fungsi otak. Menurut American Dietetic Association (ADA) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling kelaparan kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan.


Percaya atau tidak sebenarnya makanan mampu menjadikan otak kita berfungsi dengan lebih baik? Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada keupayaan otak seseorang, namun faktor pemakanan tidak dapat dinafikan impaknya. Nikmat kepelbagaian sumber makanan yang dianugerahkan Allah memerlukan kebijaksanaan seseorang individu untuk memilih makanan agar tidak mencampakkan dirinya dalam kebinasaan. Ini kerana terdapat makanan yang boleh meningkatkan fungsi otak dan ada juga makanan yang boleh menjejaskan fungsi otak. Pemilihan makanan yang meningkatkan keupayaan otak juga sejajar dengan prinsip maqasid syariah yang mengutamakan pemeliharaan akal.

Sepanjang hidup, otak manusia sentiasa berfungsi untuk menerima rangsangan dan maklumat, mengolah, mengembangkan fikiran dan emosi serta menyimpan memori. Zat pemakanan amat diperlukan untuk menjaga otak agar dapat berfungsi secara optimum. Pakar pemakanan mengakui bahawa terdapat zat tertentu atau sebatian kimia dalam sesuatu makanan amat penting untuk fungsi otak manusia dan mengelakkan berlakunya kerosakan serta ketidakupayaan kognitif seseorang. Otak mengalami perkembangan mengikut fasa pertumbuhan manusia. Ia memerlukan zat pemakanan yang betul dan seimbang bagi memenuhi keperluan tenaga di otak yang lebih tinggi.

Semasa dalam kandungan ibu, pembinaan otak manusia merupakan satu fasa yang kritikal kerana pada masa tersebut berlaku proses pembentukan neuron otak dan juga salur mealin. Oleh itu, pada tahap perkembangan yang kritikal inilah akan menentukan kehebatan otak manusia yang dapat dibentuk melalui pengkayaan sumber makanan. Satu perkara yang boleh difikirkan ialah kenapakah ilmuwan Islam terdahulu memiliki otak genius dan mampu menguasai pelbagai bidang? Banyak faktor yang menyumbang tetapi unsur pemakanan tidak boleh diabaikan. Corak pemakanan yang menepati pemakanan sunnah harus diambil kira. Berbeza dengan budaya pemakanan masyarakat kita pada masa sekarang.

Kadangkala sensitiviti pemilihan makanan terbaik tidak wujud dalam diri masyarakat kita sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?” - HR Bukhari. Kajian oleh saintis Mind Research Network membuktikan bahawa bahan kimia di dalam otak iaitu N-acetylaspartate (NAA) lebih tinggi arasnya dalam individu yang mempunyai kepintaran yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai kepintaran yang sederhana. Maka, penjagaan atau pemeliharaan bahan kimia atau neurotransmiter otak adalah penting untuk mengoptimumkan keupayaan dan kecerdikan seseorang.

Sudah pastilah melalui diet dan pemakanan yang baik dapat mengekalkan dan memelihara bahan kimia tersebut pada aras yang optimum. Dalam perkembangan mutakhir, pengambilan minyak ikan yang dikatakan kaya dengan asid lemak n-3 berantai panjang adalah amat penting semasa kehamilan untuk manfaat kepada bayi yang dikandung. Namun, sejauh mana dakwaan ini benar? Adakah benar minyak ikan tersebut mampu membuatkan seseorang bayi akan menjadi lebih bijak dan otaknya berkembang dengan sempurna? Banyak kajian membuktikan pengambilan ikan secara sederhana semasa kehamilan dan semasa postnatal mempunyai kaitan dengan perkembangan kognititif bayi khususnya kemahiran bahasa dan komunikasi. 



Pengambilan ikan dan makanan laut yang sedikit berhubungkait dengan peningkatan risiko kanak-kanak yang memiliki kurang kemahiran verbal, tabiat yang kurang baik, rendah kemahiran komunikasi motor dan pembangunan sosial. Sumber Omega-3 (EPA dan DHA) yang paling utama ialah ikan. Omega-3 akan mengawalatur perembesan dan keupayaan neurotransmitter di otak. Sebab itulah, ia amat penting dalam meningkatkan keupayaan otak untuk bekerja. Manakala omega-6 pula penting dalam menguatkan ingatan. Sumber yang mungkin dapat diperolehi ialah minyak jagung, minyak matahari, bijan dan labu. Keseimbangan asid lemak politaktepu dalam badan boleh menjadi aras pengukur kecerdikan seseorang. Manakala ketidakseimbangan asid lemak politaktepu akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia, ADHD dan autism. 

Selaras dengan perkembangan teknologi, lambakan minyak ikan yang berbentuk pil dan kapsul di pasaran menjadi alternatif kepada pengguna. Begitu juga telur yang diperkaya dengan omega 3 dan omega 6 serta banyak lagi produk lain yang telah diperkayakan dengan nutrien tersebut. Persoalannya, jika makanan tersebut diperkayakan, adakah ia benar-benar selamat dan menepati jumlah keperluan individu untuk tujuan meningkatkan keupayaan otak? Oleh sebab itu, makanan semulajadi contohnya ikan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana produk ciptaan manusia. Ini kerana ia mengandungi pelbagai zat lain dan bukan hanya tertumpu kepada zat-zat tertentu sahaja. Otak menggunakan lebih banyak glukosa berbanding organ lain. Untuk memaksimumkan keupayaan otak, ia memerlukan bekalan glukosa yang cukup. Karbohidrat kompleks merupakan makanan yang terbaik untuk otak. 

Secara dasarnya, semakin banyak kita mengambil makanan berkarbohidrat, dan biasa mengambilnya maka ia akan memelihara kesihatan tubuh badan dan otak kita dapat bekerja dengan baik. Rangkaian makanan yang bersumberkan zat-zat protein, zink, selenium dan zat besi juga mampu meningkatkan perkembangan kognitif, daya tumpuan dan keupayaan IQ seseorang. Perkara yang penting untuk mengekalkan otak yang sihat adalah makan makanan seperti biasa di sepanjang hari. Ini untuk memastikan otak kita menerima tenaga yang berterusan bagi mengekalkan kecergasannya. Walaubagaimanapun, otak manusia hanya boleh menyimpan sejumlah kecil glukosa sahaja pada satu-satu masa. Oleh itu, makan makanan secara tetap dan menurut kebiasaan akan membantu mengekalkan bekalan tenaga yang tetap  kepada otak.

Oleh sebab itu, mengamalkan pemakanan yang seimbang adalah penting bagi memelihara dan menjaga kesihatan jasmani dan otak. Menukarkan pemakanan yang tidak sihat kepada pemakanan seimbang dan sihat bukan setakat boleh memperbaiki sikap dan keupayaan otak seseorang tetapi juga boleh mengelakkan daripada penyakit kronik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Perlu diingatkan bahawa memenuhi keperluan nutrien yang baik bermula sejak bayi lagi adalah penting untuk kecerdikan yang optimum, perkembangan akhlak dan peribadi yang baik. Pemilihan makanan halal dan baik perlu dititikberatkan sepertimana yang dianjurkan dalam Islam. Ini kerana pembentukan otak yang bijak juga bermula daripada pendidikan dan amalan pemakanan yang halal dan sihat. Di sini ada 12 jenis makanan yang di yakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.


Madu


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar “Raja Ubat” ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. Cuba ini: Jus Kurma Madu Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
Kacang Merah


Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan.
Kismis


Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan, cuba ini: Nasi Kismis Ayam

Telur Ayam


Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus

Susu Dan Yogurt


Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan
Halia


Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

Ikan Salmon


Ikan salmon adalah ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.

Oat



Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

Buah beri / Berries


Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.

Daging Tanpa Lemak



Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandung banyak zat besi. Ia juga mengandungi mineral seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan dan mengurangkan kolesterol dalam darah.

Daging Burung Merpati


Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

Daging Ayam



Daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Bukan bererti makanan berkhasiat lain yang tidak tersenarai adalah makanan yang tidak elok untuk otak. Senarai ini adalah keduabelasan utama (macam main bola pula). Selamat beramal dan sebarkan ilmu walaupun hanya sepotong ayat kerana impaknya akan lebih mendalam. 






Happy study week everyone! Jangan stress macam adik ni! 
Senyum. Tenang sudah... ^_^



&



Didikan awal amatlah penting agar kanak-kanak 
membesar dalam persekitaran yang sihat...! :D





Terima kasih kepada,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here