hi semua,
fara lagiii lah!
harap anda semua tak jemu lagi nak dengar saya berceloteh di dalam blog ini. kali ini fara nak bercerita sedikti tentang perbezaan ais yang menggunakan air masak dan air mentah.
ais?
rata-rata semua daripada kita sangat menggemari ais. minuman berais ini selalu menjadi minuman yang pasti ada setiap kali mana. dah terbiasa sangat dengan minuman berais, padahal ais ni bukan bagus sangat pun untuk kesihatan kan. tapi tak apalah selera orang lain-lain kan. asal kan kita pandai menjaga kesihatan kita dengan baik pasti semuanya akan menjadi baik juga. mudah-mudahan :)
seperti mana yang kita tahu, ais ialan ketulan air yang telah membeku setelah disejukkan di dalam peti ais untuk tempoh yang tertentu. dah nama pun ketulan air yang membeku pastilah ais ini diperbuat daripada air kan.
baik mari lah kita kenal pasti ais yang bagus dan tidak bagus untuk kita.
Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.
Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.
jadi da tahu kan ais yang mana bagus dan tidak bagus untuk kita.
simple kan?
ingat,
kesihatan kita bergantung dengan cara kita makan juga kan?
pilihan terletak pada tangan kita sendiri ya kawan-kawan.
jumpa lagi
xoxo
|fara ara|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here