Siapa yang tidak menggemari snek atau nama lainnya jajan. Saya pasti semua menggemari jajan apatah lagi kalau yang banyak perisa MSG, bertambah-tambah nikmatnya. Tapi samada sedar atau pun tidak, snek yang tidak berkhasiat mudah membawa kemudaratan kepada diri dan kesihatan diri khususnya. Walaupun sedap dan membawa kegirangan kepada perut yang sedang kelaparan, kita boleh mengubahnya kepada pengambilan snek yang sihat. Jikalau kita sayangkan diri kita, sediakan sendiri snek untuk dibawa ke mana sahaja apatah lagi ke pejabat, tempat kerja dan juga tempat yang paling banyak kita habiskan waktu selama seminggu. Mari lihat beberapa jenis snek sihat yang boleh kita makan sementara menunggu waktu makan utama.
~ Aprikot Kering ~
Buah ini kaya dengan nutrisi dan penuh dengan vitamin, mineral dan enzim penting. Snek ini kaya dengan serat, beta karoten, vitamin A dan C, magnesium, zat besi, kalsium dan kaya dengan antioksidan dalam melindungi diri daripada melawan kanser prostat serta paru-paru.
Info: Aprikot kering mempunyai banyak kalori. Setiap ½ cawan yang bersamaan dengan 65 gram mengandungi 156kcal dan 0.3 gram lemak.
Info: Aprikot kering mempunyai banyak kalori. Setiap ½ cawan yang bersamaan dengan 65 gram mengandungi 156kcal dan 0.3 gram lemak.
~ Epal ~
Ia mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tubuh, otak dan kesihatan jantung. Kandungan serat dapat membantu anda merasa lebih kenyang dan menahan daripada makan secara berlebihan. Oleh itu, pilih epal yang bersaiz kecil atau sederhana untuk snek. Epal boleh digabungkan dengan sekeping keju rendah lemak atau satu sudu makan kacang untuk tenaga yang tahan lama dan badan yang sihat.
Info: Setiap 1 biji epal ukuran sederhana yang mempunyai berat 180 gram mengandungi 77kcal dan 0.3 gram lemak.
~ Yogurt ~
Snek ini rendah lemak dan kolesterol. Ia juga sumber vitamin B12, protein, potassium, zat besi dan sumber riboflavin, kalsium dan fostor yang sangat baik. Banyak yogurt yang dikatakan sihat tetapi mengandungi banyak pemanis, sirap atau gula. Pilihlah yogurt rendah lemak dan rendah gula. Untuk kesihatan, taburlah yogurt dengan blueberry atau potongan buah-buahan untuk mendapatkan serat.
Info: Setiap 100 gram yogurt rasa buah dan rendah lemak mengandungi 102kcal dan 1.1 gram lemak.
~ Dark Chocolate ~
Peniliti di Jerman dalam The Journal of the American Medical Association mengatakan dark chocolate kaya dengan flavonoid yang menjaga tekanan darah tetap stabil ketika stres. Dengan mengunyah coklat, ia dapat mengurangkan mood negatif sehingga boleh santai bersama rakan sekerja apabila berada di tempat kerja. Pilih dark chocolate yang mengandungi 70% koko untuk mendapatkan manfaat flavonoid yang maksimum. Ia juga mengandungi lemak tepu, jadi pastikan memakan sepotong kecil sahaja ketika ingin mengunyah.
Info: Setiap potongan kecil ataupun seberat 28 gram dark chocolate, 70-85% koko mengandungi 168kcal dan 12 gram lemak.
~ Kraker ~
Kraker merupakan snek yang sangat praktis dan baik untuk perut. Kebanyakkan kraker diberi vitamin tambahan dan kalsium yang baik untuk tulang. Kandungan karbohidrat yang tinggi sangat sesuai untuk anda yang memerlukan banyak tenaga ketika bekerja. Sesetengah kraker mengandungi sodium dan gula yang tinggi. Jadi, pilihlah kraker kosong yang diperbuat dari gandum dan mengandungi serta dan vitamin B. Sapukan kraker dengan mentega kacang, celupkan dengan susu atau yogurt rendah lemak.
Info: Setiap 4 keping kraker masin yang bersamaan dengan 23 gram mengandungi 103kcal dan 3 gram lemak.
~ Almond / Badam ~
Snek ini sangat rendah kolesterol dan sodium. Beberapa jenis kacang lain seperti walnut mengandungi sumber magnesium dan sumber vitamin E, asid lemak omega 6 serta omega 3 (walnut). Makan kekacang boleh membuatkan ketagihan walaupun almond rendah kolesterol tetapi perlu diperhatikan jumlah kalorinya. Cukup dengan mengambil 11 biji almond ataupun satu sudu makan walnut antara waktu makan sarapan dan makan tengahari.
Info: Setiap 11 biji almond tanpa garam mengandungi 85kcal dan 7 gram lemak.
Snek yang sihat memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan kita...! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here